Program ILTIZAM Selangor Sihat (ISS) 2022 : Semakan & Permohonan

Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022 : Semakan & Permohonan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022, serta cara permohonan, syarat kelayakan dan semakan.

Baca Juga : ILTIZAM Anak Selangor 2022: Syarat & Cara Permohonan

Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022 : Semakan & Permohonan

Iltizam Selangor Sihat (ISS) merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada.

Ia merupakan antara program perlindungan kesihatan khusus untuk rakyat negeri Selangor.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah Program Iltizam Selangor Sihat (ISS)?

ISS merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada iaitu Skim Peduli Sihat.

Dianggarkan seramai 100,000 penerima serta keluarga berdaftar bakal menerima manfaat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.

Iltizam Selangor Sihat

Kadar Bantuan

Skim ini akan memberi peluang kepada penerima untuk mendapatkan bantuan berkaitan kesihatan seperti berikut :

  • Bantuan rawatan asas sehingga RM 500
  • Bantuan perlindungan insurans sehingga RM 5,000
  • Manfaat perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 1,000.
  • Tuntutan perlindungan kematian semulajadi dan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 6,000
Iltizam Selangor Sihat

Kriteria Permohonan

Warga Selangor yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Calon merupakan pemilih / pengundi dan menetap di Selangor (Bermastautin lebih 10 tahun di Selangor)
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 (Keluarga) atau RM2,000.00 (Individu)
  • Calon perlu sertakan salinan Kad OKU (sekiranya berkenaan)
Iltizam Selangor Sihat

Cara Memohon Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022

Pemohon perlulah isi dan lengkapkan borang yang disertakan di bawah dan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.

borang permohonan

Langkah permohonan & dokumen yang diperlukan:

1. Borang permohonan (boleh muat turun di web https://pedulisihat.com/…/membership_registration_forms…

2. Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip Gaji/ Akuan Sumpah jika tiada pendapatan/ salinan e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my/…/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx, salinan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

3. Salinan Semakan Pengundi di laman web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

4. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Ahli Keluarga)

5. Salinan Kad OKU (Kategori OKU)

6. Salinan Ahli SMUE (Skim Mesra Usia Emas) untuk warga emas http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php

7. Dokumen jika ada penyakit kronik yang menunjukkan ahli keluarga sering memerlukan rawatan (Contoh: asma, sakit jantung atau sawan).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program Iltizam Selangor Sihat, sila layari laman web pedulisihat.com atau hantarkan emel ke alamat info@pedulisihat.com

BORANG PERMOHONAN ILTIZAM SIHAT SELANGOR (ISS)

Sumber: https://ecentral.my/program-iltizam-selangor-sihat-iss/

Leave a Comment