Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2022 (Caruman Anak Baru Lahir RM100)

Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2022 (Caruman Anak Baru Lahir RM100)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Skim ILTIZAM Anak Selangor 2022 serta cara Permohonan dan Semakan.

Artikel lain: Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022

Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2022 (Caruman Anak Baru Lahir RM100)

Berikut adalah panduan dan info tentang Skim ILTIZAM Anak Selangor yang diambil dari laman https://kerajaanonline.com/skim-iltizam-anak-selangor/

Menerusi ucapan Belanjawan Selangor yang lalu,YAB Menteri Besar Selangor ada mengumumkan bahawasanya Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan skim baharu yang dikenali sebagai Iltizam Anak Selangor.

Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri telah mewujudkan skim baharu ini yang akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime untuk anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Bagaimanakah cara permohonan Skim Iltizam Anak Selangor RM100? Apakah cara semakan dan check status kelulusan?

Apa Itu Skim ILTIZAM Anak Selangor

caruman anak selangor rm100

Skim Iltizam Anak Selangor adalah skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun bagi tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula pada tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpanan SSPN Prime yang diberikan oleh Kerajaan Negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.

Apa Itu SSPN PRIME

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

Kelebihan Simpan SSPN PRIME

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 8,000.00.
  2. Perlindungan takaful percuma bagi simpanan RM 1,000 dan ke atas.
  3. Geran Sepadan sehingga rm 10,000 untuk satu keluarga yang layak.
  4. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
  5. Simpanan dijamin kerajaan.
  6. Kadar dividen yang kompetitif.

Syarat Kelayakan Skim ILTIZAM Anak Selangor

Berikut adalah syarat memohon:

syarat kelayakan iltizam
PERKARAKRITERIA ANAKKRITERIA IBU BAPA/PENJAGA
Syarat Permohonan Skim Iltizam Anak Selangor YAWAS1. Anak kelahiran bermula tahun 2022.
2. Warganegara Malaysia.
3. Lahir di Selangor.
4. Sedang menetap di Selangor.
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Sedang menetap di Selangor.
4. Pengundi berdaftar di Selangor.

Tarikh Permohonan Skim ILTIZAM Anak Selangor

Permohonan Skim ini akan dibuka bermula pada 1 Ogos 2022.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon. Permohonan skim ini akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Cara Permohonan Skim ILTIZAM Anak Selangor

Permohonan Skim ILTIZAM Selangor

Cara Permohonan Skim ILTIZAM Selangor 2022 Dan Bantuan Kelahiran Anak Selangor

  1. Klik link rasmi Permohonan Skim di sini : https://anas.yawas.my/online/.
  2. Anda akan dibawa ke Laman Maklumat Penting untuk dibaca oleh pemohon.
  3. Klik butang hijau [Seterusnya] di bawah sekali.
  4. Masukkan Nombor MyKid anak anda.
  5. Klik [Seterusnya].
  6. Anda akan dibawa ke Laman Maklumat yang perlu diisi.
  7. Pastikan Maklumat yang diminta diisi dengan tepat dan betul serta lengkap.
  8. Isi Maklumat Anak.
  9. Isi Maklumat Ibu bapa/Penjaga.
  10. Isi Maklumat Hubungi.
  11. Tandakan (Tick) di ruangan kotak kecil bahagian Pengakuan.
  12. Klik [Hantar Permohonan dan Muat Naik Dokumen].
  13. Sila Muat Naik Dokumen yang lengkap dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan.
  14. Sekiranya Dokumen yang di muat naik dokumen tidak lengkap. Permohonan tidak akan diproses dan permohonan digagalkan secara automatik.
  15. Rujuk senarai Dokumen yang perlu dimuat naik di bawah.
  16. Selesai.

Dokumen Sokongan

PERKARAJENIS DOKUMEN
Senarai Dokumen Sokongan Perlu di Muat Naik.1. Salinan Sijil Kelahiran anak.
2. Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga.
3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR.
4. Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan).
5. Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat).

Semakan

Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online di sini :

PERKARAPAUTAN
Semakan Status Permohonan Iltizam Anak Selangor1. Tekan link Check Status di sini: 
https://anas.yawas.my/online/mohon_semak.php.
2. Masukkan Nombor MyKid anak pemohon.
3. Tekan (Semak).
4. Status permohonan akan dipaparkan.

Tarikh Semakan Status Permohonan

Untuk tarikh check status kelulusan permohonan skim ini masih lagi belum diumumkan lagi. Buat sementara ini hanya dibuka untuk pendaftaran permohonan baru sahaja sehingga cukup kouta yang disediakan. Semak kelulusan akan diumumkan selepas permohonan selesai.

Talian Hotline Bantuan

Sebarang pertanyaan dan soalan pemohon boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di sini :

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.

Nombor hotline : 03-5481 8800

Emel : pertanyaan.yawas@gmail.com.

Artikel lain: KISS Selangor

2 thoughts on “Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2022 (Caruman Anak Baru Lahir RM100)”

Leave a Comment