Bantuan Khas Kewangan : Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Khas Kewangan : Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023, Jumlah Bayaran, Syarat Kelayakan serta Tarikh Bayaran

Sumber: Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)

KUALA LUMPUR: Kebajikan penjawat awam terus menerima bantuan ‘durian runtuh’ dengan jumlah bantuan keseluruhan mencapai RM2,500 pada tahun 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, peruntukan itu turut melibatkan Bonus Aidilfitri yang ditetapkan pada kadar RM600.

“Kerajaan bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

bantuan khas kewangan 2023 bonus penjawat awam

“Selain itu, Kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion,” jelas Tengku Zafrul.

bantuan khas kewangan 2023 bonus penjawat awam

Pada masa sama, kerajaan akan mengurangkan kos pembiayaan bagi penjawat awam yang membeli komputer dan telefon pintar kepada dua peratus setahun, turun berbanding empat peratus ketika ini.

Guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun layak mendapat cuti khas selama 15 hari, berbanding lima hari ketika ini. Ini dijangka memberi manfaat kepada 500,000 guru.

Sebagai membalas khidmat bakti kakitangan kerajaan, Perdana Menteri juga memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023.

Bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500.

bantuan khas kewangan 2023 bonus penjawat awam

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Berita gembira ini diumumkan oleh Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa, 30 Ogos 2022.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” jelasnya.

Sebelum ini, menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah telah diberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh pandemik, di mana satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

Bantuan Khas_Kewangan (BKK) 2023

  • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

Tarikh Bayaran

Dibayar pada Januari 2023.

bantuan khas kewangan 2023 bonus penjawat awam

6 Inisiatif Penjawat Awam Yang Diumumkan Oleh Perdana Menteri

Pertama: Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka.

Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak;

Kedua: Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi;

Ketiga: Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam;

Keempat: Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kerajaan telah bersetuju menambahbaik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan Pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara ini.

Kelima: Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awamGred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180; dan

Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Rujuk laporan penuh bagi rangkuman ‘berita gembira’ dan 6 inisiatif untuk penjawat awam dalam ucapan Perdana Menteri : MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18

Muat Turun:

TEKS-UCAPAN-YAB-PM-SEMPENA-MAJLIS-AMANAT-PERKHIDMATAN-AWAMDownload