PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank, cara permohonan, syarat kelayakan serta semakan.
Artikel Lain: Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000
PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank
Kepada individu termasuk graduan yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah (home-based), membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan, atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya ditawarkan kemudahan terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu PEMULIH Newbiz.
Tahukah anda apakah kelebihan program ini dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya?
Ayuh, ketahui lebih lanjut mengenainya melalui artikel ini.
Apakah Program Pembiayaan PEMULIH Newbiz?
Program pembiayaan yang ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan.
Dalam ucapan Perdana Menteri dalam MAHA 2022, Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi PEMULIH Newbiz.
Kemudahan pembiayaan ini melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan kepada aktiviti perniagaan yang ditetapkan seperti berikut ;
- Pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya;
- Menjalankan aktiviti perniagaan secara home-based yang melibatkan aktiviti seperti berikut:
- Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.
- Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.
- Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya
Kadar & Had Pembiayaan PEMULIH Newbiz
Secara pembiayaan berperingkat (Step up Financing) seperti berikut :
- Peringkat Pertama : sehingga RM5,000.00
Selepas 12 bulan dari tarikh pengeluaran kemudahan pembiayaan peringkat kedua, pelanggan layak untuk memperolehi mana-mana kemudahan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
- Peringkat Kedua : Sehingga RM10,000.00 (mengambil kira baki kemudahan pembiayaan pada peringkat pertama)
Selepas tempoh 12 bulan dari tarikh kemudahan pembiayaan peringkat pertama dikeluarkan.
Bagi pembiayaan peringkat kedua, terma dan kredit adalah dirujuk kepada PEMULIH Mikro Kredit.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan pembiayaan);
- Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kegawatan ekonomi semasa sepertimana berikut :
- Individu yang hilang pekerjaan bermula Mac 2020.
- Graduan universiti atau kolej yang telah menamatkan pengajian dan masih manganggur atau belum memperolehi pekerjaan yang stabil pada tarikh permohonan dibuat;
- Individu yang dikategorikan sebagai golongan asnaf.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun
0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun;
Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.
Tempoh Moratorium
Sehingga 60 bulan termasuk enam (6) bulan tempoh moratorium.
- Moratorium hanya layak bagi kemudahan pembiayaan peringkat pertama sahaja.
- Tempoh minimum pembiayaan adalah 12 bulan termasuk tempoh moratorium.
Maklumat Lanjut PEMULIH Newbiz
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web AgroBank di pautan: https://www.agrobank.com.my/
E-mel: customer@agrobank.com.my
Sumber: https://ecentral.my/pemulih-newbiz/