Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan

Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan: Cara Permohonan, Tarikh Permohonan, serta Syarat Kelayakan.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS)

Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini menawarkan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran buat anak-anak asnaf dan Fisabilillah MAIN yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi atau peringkat Sijil Kemahiran.

Anak Negeri Sembilan yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon.

Teruskan membaca untuk ketahui maklumat lanjut mengenai tawaran bantuan ini serta cara memohon.

Syarat Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS

Anak-Anak Asnaf MAINS

  • Ibu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin yang berdaftar dengan MAINS
  • Calon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Calon menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta ; atau
  • Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta.

Fisabilillah

  • Beragama Islam
  • Lahir dan menetap di Negeri sembilan atau bermastautin / menetap di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta atau
  • Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan / swasta.
Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS

Cara Mohon

Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan dengan mengisi borang permohonan di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI / SIJIL KEMAHIRAN MAINS

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / penjaga
  • Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungjawab pemohon
  • Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungan pemohon
  • Salinan Sijil Nikah / Surat Cerai / Sijil Kematian jika berkaitan
  • Salinan Bil Air/ Bil Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.
  • Salinan surat pengesahan belajar TERKINI dari IPTA / IPTS berkaitan.
  • Salinan Buku Akaun / Penyata Akaun Bank (milik pemohon yang aktif).
  • Salinan slip gaji terkini / pengesahan pendapatan (pemohon / Ibubapa)
  • Semua salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid / Pengerusi Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.

Borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke kaunter pejabat MAINS Daerah.

Sumber: https://ecentral.my/bantuan-pengajian-tinggi-sijil-kemahiran-mains/

Leave a Comment