MyKasih: Semakan & Permohonan Bantuan Barang Makanan
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai MyKasih: Semakan & Permohonan Bantuan Barang Makanan, syarat kelayakan, cara permohonan, serta semakan.
Baca juga: KISS Selangor Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200
MyKasih: Semakan & Permohonan Bantuan Barang Makanan
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.
Selain itu, Program Bantuan KASIH JOHOR juga telah dilaksanakan bagi rakyat di negeri Johor.
Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.
Apakah MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.
MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Cara Semakan
Semakan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
i) Semakan SMS :
Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.
ii) Semakan Prihatin Kasih
Bagaimanakah cara nak tahu status Prihatin Kasih? Anda boleh semak kelayakan anda mengikut langkah ini:
- Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
iii) Semakan Program Bantuan KASIH JOHOR
- Layari portal semakan di MyKasih di pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Kasih Johor anda di sini SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:
Cara Daftar / Apply MyKasih
Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk di laman pautan berikut: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan
Maklumat Lanjut
Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila hubungi
- http://www.mykasih.com.my/
- Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline Mykasih 03-77201800
- info@mykasih.com
Sumber: https://ecentral.my/mykasih/