Semakan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Sesi 2022 / 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai semakan keputusan pksk / permohonan kemasukan sekolah khusus 2022 & tarikh pendaftaran.

Artikel berkaitan: UiTM Student Portal Login iStudent & Semakan Keputusan Ujian

Semakan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Semakan Keputusan PKSK / Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh Pendaftaran

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan info kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2022 / 2023.

pksk

Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

semakan sekolah khusus pksk

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  3. Murid Tahun 6 Tahun 2021
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
  4. Murid Tingkatan 3 2021
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007

Cara Permohonan PKSK 2022

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Tarikh Permohonan PKSK 2022

Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:

  • Tarikh buka: 10 Oktober 2021
  • Tarikh tutup: Telah dilanjutkan ke 31 Disember 2021

Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran

Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula dari 7 Januari 2022.

Tarikh menduduki PKSK akan bermula pada :

Tarikh Ujian PKSK 2022

Ujian PKSK akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022
  • Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022

Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Pautan semakan adalah seperti berikut:

Rujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:

sekolah khusus

KPM menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

sekolah khusus

Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2022

  1. Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022
  2. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022
  3. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM
  4. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022
  5. Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my
pksk

Tarikh Rayuan

Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan bermula dari 15 hingga 29 Mac 2022.

Sila rujuk: Semakan Rayuan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh Pendaftaran Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-lazim-faq/3665-maklumat-umum-pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk/file

Sumber: ecentral