UKKM 2024 : Tarikh, Format Soalan & Tempat Ujian MRSM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai MRSM UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA seperti semakan tarikh, format soalan & tempat ujian.

Lain: Semakan Mrsm Keputusan Rayuan Tingkatan 1 dan Form 4

UKKM 2024

Berikut adalah maklumat mengenai MRSM UKKM 2024 yang dikongsikan oleh laman asal di UKKM 2024: Semakan Tarikh, Format Soalan, Tempat Ujian MRSM (ecentral.my)

Apa itu UKKM

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM.

Semua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.

Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.

Calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Sila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.

Semakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM

Tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian akan diumumkan oleh pihak MARA dalam masa terdekat. Ia dijangka sekitar bulan November-Disember 2023.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.

Cara Semakan UKKM MRSM 2023

Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

  1. Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:

  1. Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Tarikh Ujian UKKM 2024

Tarikh ujian UKKM bagi sesi 2024 belum diumumkan lagi, namun mengikut takwim tahun 2023, sesi ujian dilakukan pada tempoh berikut:

  • Sesi 1 : November dan Disember 2022
  • Sesi 2 : Januari 2023
  • Sesi 3 : Februari 2023

Dokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian

Calon diwajibkan membawa:

  1. 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE
  2. Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)
  3. 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)
  4. 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
  5. Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)
  6. Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).

Subjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2024

UKKM merangkumi subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Keperibadian (format soalan objektif)

INFO UJIAN UKKM

MATEMATIK
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif

BAHASA MELAYU
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

SAINS
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

KEPERIBADIAN
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 80 Soalan Objektif

Ibu bapa boleh membuat persediaan menghadapi ujian UKKM MRSM dengan merujuk modul dan contoh soalan terkini di SINI.

contoh ujian soalan ukkm mrsm
  • SEMUA CALON WAJIB MENDUDUKI UKKM
  • SEMUA CALON TINGKATAN 1 YANG MEMBUAT PILIHAN PROGRAM ULUL ALBAB, IGCSE DAN TEKNIKAL PERLU MENDUDUKI UJIAN KHAS YANG DITETAPKAN OLEH MARA

Soalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM / UJian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE/ Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023

Soalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM/UJian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE/ Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023

SOALAN 1

Di manakah saya boleh membuat semakan tarikh dan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE untuk anak saya?

JAWAPAN

Pihak MARA akan menghantar SMS kepada no telefon yang telah didaftarkan dalam sistem permohonan MRSM sebelum tarikh ujian.

Semakan ukkm
Semakan ukkm
Semakan ukkm
Semakan ukkm

Layari semakan https://www.mara.gov.my/

Semakan ukkm

Pertukaran Tarikh, Masa & Tempat Ujian Tidak Dibenarkan

Beliau berkata calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.

Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.

Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

Serba Sedikit Tentang MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Semakan ukkm

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Terdapat tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts  and Mathematics (STREAM) dilaksanakan di MRSM.

Maklumat Lanjut Tentang UKKM MRSM

Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

Sumber: UKKM 2024: Semakan Tarikh, Format Soalan, Tempat Ujian MRSM (ecentral.my)