Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 / 2024

Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 / 2024

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara permohonan dan pendaftaran Tabika Kemas Sesi 2023 / 2024 (Online dan Manual) serta cara semakan.

Artikel lain: Pendaftaran Online Tabika Kemas Sesi 2023 / 2024: Cara Permohonan & Semakan

Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 / 2024

Pendaftaran Tabika & Taska KEMAS bagi sesi 2023 kini dibuka!

Untuk makluman, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS bermula 1 Ogos sehingga 31 Disember 2022 ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.

Apakah Tabika / Taska KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA): Kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Syarat Kemasukan / Pendaftaran

Sebelum muat turun borang, ibu bapa/penjaga mesti membaca syarat-syarat kemasukan ke TABIKA dan TASKA KEMAS.

Syarat-syarat

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  4. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  6. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Senarai Tabika / Taska KEMAS Seluruh Malaysia

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.

Cara Pendaftaran / Muat Turun Borang

Terdapat 2 cara pendaftaran iaitu pendaftaran online dan pendaftaran secara manual.

Pendaftaran secara atas talian (online) adalah terhad kepada 142 tabika rintis.

i) Pendaftaran Online

Ibu bapa/penjaga boleh melihat senarai TABIKA/TASKA KEMAS yang berdekatan dengan kediaman ibu bapa/penjaga dalam senarai di bawah untuk pendaftaran secara atas talian.

ii) Pendaftaran Secara Manual

Jika TABIKA tu bukan dalam 142 TABIKA terpilih untuk registration online, ibu bapa perlu download borang dan isi.

Klik Link di bawah untuk muat turun borang TABIKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTABIKAKEMAS2023

Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.

Tutorial Cara Pendaftaran Online / Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS

pendaftaran tabika kemas

Layari laman web https://www.kemas.gov.my/

pendaftaran tabika kemas
Sila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam – Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA
pendaftaran tabika kemas
Ibu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.
pendaftaran tabika kemas
Setelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.
daftar tadika kemas
Cara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Sumber: https://ecentral.my/pendaftaran-tabika-kemas/

Leave a Comment