Cara Kira CGPA UiTM : Cara Kira Pointer

Bagi pelajar UiTM, anda perlulah tahu mengira CGPA anda bagi memudahkan anda mengetahui prestasi semasa akademik anda untuk subjek-subjek yang sedang diambil.

Kebiasaannya, kita akan memanggil CGPA ini sebagai pointer jadi jangan hairan dan peliklah sekiranya anda yang bertanyakan “berapakah pointer anda?”.

Mengetahui cara mengira CGPA UiTM anda penting kerana banyak syarikat akan melihat jumlah CGPA anda sebelum memanggil anda untuk menghadiri temuduga kerja di syarikat mereka.

Jangan risau, hendak mengira CGPA bukanlah satu perkara yang sukar malah kini sudah ada kalkulator dalam talian yang memudahkan kerja-kerja pengiraan ini.

Namun, anda perlulah mengetahui terlebih dahulu bagaimana CGPA dikira bagi memudahkan anda merancangan strategi dan menetapkan target markah berapakah yang anda perlu dapat untuk mencapai CGPA yang diingini.

Artikel berkaitan: UiTM Student Portal Login iStudent & Semakan Keputusan Ujian

Cara Kira CGPA Uitm

Ikuti panduan berikut untuk cara kita pointer Uitm atau cara kira CGPA Uitm

Perbezaan GPA dan CGPA

Pertama sekali, anda haruslah tahu perbezaan antara kedua terma ini – GPA dan CGPA.

GPA merupakan akronimm atau singkatan bagi Gred Point Average.

CGPA pula merupakan akronim atau singkatan bagi Cumulative Gred Point Average.

Secara ringkasnya, GPA adalah pointer anda untuk sesuatu semester itu sahaja.

Sementara itu, CGPA pula adalah “cumulative” iaitu kumulatif/pertambahan point GPA untuk setiap semester sehingga semester terkini.

Contoh mudah:

  1. Sem 1: GPA anda adalah 4.0
  2. Sem 2: GPA anda adalah 3.0. Maka, CGPA anda ketika Sem 2 adalah 3.5 kerana mengambil kira GPA Sem 1 dan 2. Namun, kiraan ini hanya betul sekiranya jumlah mata kredit bagi subjek yang diambil kedua-dua semester adalah sama.

Gred dan markah

Setiap markah yang diperolehi dalam setiap subjek akan diberikan gred dan pointer.

Sesetengah universiti menggunakan gred dan pointer yang berlainan dan berikut merupakan gred dan pointer CGPA yang digunakan oleh pihak UiTM.

kira cgpa uitm

Contoh pengiraan GPA

Andaikah di bawah ini adalah keputusan ujian Sem 1 anda:

SubjekKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai
Subjek 13B3.09.00
Subjek 23B3.09.00
Subjek 33A-3.7011.10
Subjek 42A-3.707.40
Subjek 52B-2.705.40
Subjek 62B-2.705.40
Subjek 72B+3.306.60

Pengiraan GPA bagi Sem 1:

GPA = (Hasil tambah Jumlah Mata Nilai) / (Hasil tambah Jumlah Kredit)

GPA = (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) / (3+3+3+2+2+2+2)

GPA: 3.17 (Sem 1)

Nota: Simbol sempang “/” adalah bermaksud operasi “bahagi” dalam matematik.

Contoh pengiraan CGPA

Setelah anda faham caraan kiraan GPA UiTM, maka lebih mudah anda memahami cara kiraan CGPA pula.

CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester / Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

2 thoughts on “Cara Kira CGPA UiTM : Cara Kira Pointer”

Leave a Comment