E-SMANJ: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai E-SMANJ: Permohonan Online Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023 serta semakan.

Sumber: E-SMANJ: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023

E-SMANJ: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa para murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Permohonan adalah secara dalam talian dan pautan pendaftaran akan dibuka bermula 01 Disember 2022 sehingga 26 Disember 2022.

Rujuk maklumat penuh dan syarat-syarat permohonan di bawah.

esmanj sekolah agama johor

Apakah Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ?

Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Maahad Johor Lil Banat (MJLB), SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ), Maahad Pontian (MP), SMA Parit Raja (SMAPR) dan SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG).

Sekolah-sekolah yang Ditawarkan

Rujuk senarai setiap sekolah dengan lebih terperinci di sini:

1) Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor

072232710 / 32

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
  • Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
  • Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
  • Khas untuk murid lelaki sahaja

2) Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor

072232710 / 32

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
  • Khas untuk murid lelaki sahaja

3) Maahad Johor Lil Banat (MJLB)

072232710 / 32

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama
  • Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
  • Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja

4) SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)

077715482

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
  • Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun

5) Maahad Pontian (MP)

076874470

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
  • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

6) SMA Parit Raja Batu Pahat (SMAPR)

074545710

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
  • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

7) SMA Bugisiah Tampok Pontian (SMABG)

074241901

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
  • Menawarkan hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
  • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

sistem-pendidikan-sekolah-menengah-agama-negeri-johorDownload

Syarat Permohonan

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
  2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.

Cara Permohonan

  1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang daftar-smanj.net/t1/2022/
  2. Permohonan dibuka mulai Khamis 01 Disember 2022 (12.00 tengahari) dan akan ditutup pada Isnin 26 Disember 2022 (05.00 petang)
  3. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan SMANJ sebelum membuat permohonan secara dalam talian
  4. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ
  5. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing

Tarikh Penting

Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting sepanjang proses permohonan.

permohonan sekolah agama negeri johor2023

Baca juga: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda

Ujian Kelayakan SMANJ

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada 2-5 Januari 2023 (Isnin-Khamis) di tempat yang akan ditetapkan.

Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh permohonan.

MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

1. Ujian Bertulis

  • Dijalankan selama 1 jam 15 minit
  • Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.

3. Ujian Lisan

  • Bacaan surah al Fatihah
  • Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
  • Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Baca juga: PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

Maklumat Lanjut SMANJ

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://daftar-smanj.net/t1/2023/ atau layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Leave a Comment