Takwim Persekolahan KPM Sesi 2022/2023 & Cuti Penggal

Takwim Persekolahan KPM Sesi 2022/2023 & Cuti Penggal

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Takwim Persekolahan KPM Sesi 2022/2023 & Cuti Penggal.

Artikel Lain:

Jadual Sesi Persekolahan / Takwim Akademik Sesi 2022/2023 KPM

Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, pelbagai faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan termasuk kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun susulan musim Monsun Timur Laut dan sela masa yang panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar melanjutkan pelajaran.

“Bulan lain pun ada banjir juga, kita tak nafikan tapi secara umumnya kita tahu di musim monsun kemungkinan berlaku banjir itu tinggi.

Kita lihat dalam konteks pengurusan peperiksaan antara cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menguruskan SPM sewaktu banjir, kadang-kadang menimbulkan banyak perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Slot Khas Tanya DRJ semasa Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, pada Ahad.

takwim sekolah

Selain itu, beliau berkata, dengan pelaksanaan takwim sedia ada, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang seterusnya momentum pembelajaran pada pelajar berkenaan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu berusaha menukar persepsi masyarakat, pentadbir sekolah dan guru yang melihatnya sebagai “kumpulan datang ke sekolah untuk mencari kesalahan” walaupun situasi itu tidak berlaku.

Beliau berkata, pihak PPD perlu turun ke sekolah untuk mendekati dan memahami masalah dihadapi guru-guru dan pentadbir seterusnya mengemukakan isu berkenaan kepada pihak atasan agar Kementerian Pendidikan dapat meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan.

-BERNAMA

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022

Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah :

takwim 2022 kpm
takwim 2022 kpm

Diharapkan takwim ini dapat membantu guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan penjaga untuk membuat perancangan sewajarnya bagi tahun 2022, di samping mendapatkan maklumat sahih tentang cuti persekolahan tahun ini.

Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2021/ 2023 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran 5.

penggal 3 takwim kpm

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

Sumber: https://ecentral.my/takwim-persekolahan-2022-2023-kpm/