Tarikh Bayaran Pencen PERKESO / Faedah Tahun 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai bayaran faedah atau pencen PERKESO dan tarikh pembayaran bagi tahun 2023 ini.

Sumber: Tarikh Bayaran Pencen PERKESO / Faedah Tahun 2022

Apakah Bayaran Faedah PERKESO 2023?

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Baca juga: Pencen PENAKAT PERKESO: Khas untuk Wanita

Tarikh Bayaran Pencen PERKESO 2023

Tarikh bayaran PERKESO 2023 telah diumumkan melalui Jadual rasmi di bawah.

Bil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan
1Januari25 Januari 2022Selasa1 Februari 2022 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina
2Februari1 Mac 2022Selasa
3Mac1 April 2022Jumaat
4April26 April 2022Selasa1 Mei 2022 bersamaan Hari Pekerja
3 Mei 2022 bersamaan Hari Raya Puasa
5Mei25 Mei 2022Rabu30 Mei 2022 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2022 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
6Jun1 Julai 2022Jumaat
7Julai1 Ogos 2022Isnin
8Ogos1 September 2022Khamis
9September30 September 2022Jumaat1 Oktober 2022 bersamaan Hari Sabtu
10Oktober17 Oktober 2022Isnin24 Oktober 2022 bersamaan Hari Deepavali
11November1 Disember 2022Khamis
12Disember20 Disember 2022Selasa25 Disember 2022 bersamaan Hari Krismas
perkeso
Sumber: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/pekerja/tarikh-bayaran-faedah.html

i) Skim Keilatan

Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

ii) Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

  • Kemalangan Semasa Kecemasan

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

  • Penyakit Khidmat

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Contoh Penyakit Khidmat:

  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

Semua yang dinyatakan di atas ini layak untuk menerima bayaran PERKESO.

Tentang PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO 2023.

Maklumat Lanjut Tentang Bayaran PERKESO 2023

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.