Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam Dinaikkan RM600 dan Dibayar Mac

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam Dinaikkan RM600 dan Dibayar Mac, Tarikh Bayaran serta Jumlah Bayaran sejajar dengan pengunguman Bajet 2023 yang baru diwar-warkan.

Sumber: Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600 Dibayar Mac

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600 Dibayar Mac

BAJET 2023 : Bonus Raya Penjawat Awam (Bantuan Khas Aidilfitri) dinaikkan kepada RM600 bagi tahun 2023 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Berita gembira buat semua penjawat awam!

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun depan, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

bantuan khas aidilfitri

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023?

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Baca Juga: Bantuan Khas Kewangan : Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan Mac 2023, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Jumlah Bayaran

Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM600

Baca juga: