Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bayaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tarikh Bayaran, Jadual Bayaran Bulanan, Cara Semakan Bayaran serta Syarat Kelayakan bantuan JKM.
Sumber: Tarikh & Jadual Bayaran Bulanan JKM 2022
Tarikh & Jadual Bayaran Bulanan JKM 2022
JADUAL BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2022
Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Pemberian bayaran bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Tarikh Bayaran JKM Bulan Jun 2022
TERKINI
Bayaran Bantuan Kewangan JKM bagi bulan MEI 2022 akan dikreditkan kepada penerima mulai 25hb-30hb April 202 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bayaran bagi Bulan JUN 2022 pula akan dikreditkan kepada penerima mulai 1hb-10hb Jun 2022.
Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media oleh Unit Perhubungan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertarikh 19 April 2022.
Cara Semakan Bayaran JKM Melalui eMaklum
Jika anda merupakan penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan dengan mudah melalui eMaklum.
eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.
Mudah saja cara nak buat semakan sebab tak perlukan sebarang pendaftaran.
Cara nak buat semakan adalah seperti berikut:
- Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan nombor IC anda.
- Pilih tarikh semakan.
- Tekan semak.
- Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.
*Rujuk panduan bergambar di bawah:
Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
Masuk kan no IC dan no akaun.
Lepas tu pilih tarikh, contohnya 1/1/22-7/1/22.
Nak tengok perincian dan download resit boleh tekan dekat situ.
eMaklum JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eMaklum. Sistem ini digunakan oleh pengguna berikut:
1. Penerima Individu (termasuk penjawat awam persekutuan)
2. Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (skop Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja)
Apakah fungsi dalam eMaklum JANM?
+ Membuat carian dan semakan status notifikasi dokumen bayaran
+ Paparan pengumuman terkini berkaitan Sistem eMaklum
+ Soalan Lazim berkaitan penggunaan eMaklum JANM
+ Maklum balas penggunaan eMaklum JANM
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui:
GAMMA.my :https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/803
11 Bantuan JKM 2021 & Kadar Bantuan Bayaran Yang Diterima
Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
KADAR
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
2. Elaun Pekerja Cacat
KADAR
RM400 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
KADAR
RM250 seorang sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
KADAR
RM350 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
5. Bantuan Orang Tua (BOT)
KADAR
RM350 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
6. Bantuan Am Persekutuan
KADAR
RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Baca Juga : iBantuan Terengganu : Bantuan Ibu Tunggal, OKU & Pencen Rakyat
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
KADAR
RM200 sebulan seorang.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
KADAR
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN
- Anggota Palsu
- Kerusi Roda
- Alat Bantu Pendengaran
- Alat-alat Keperluan Lain
- Penggantian / Baik Pulih Alat
- Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)
11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
KADAR
- Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
- Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Cara Permohonan Online
- Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
Borang Berkaitan
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Semakan Status Permohonan
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
- Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
- Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
- Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.