PPAM : Cara Permohonan Skim Permohonan Perumahan Penjawat Awam

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai PPAM : Skim Permohonan Perumahan Penjawat Awam, Cara Permohonan, Syarat Kelayakan serta semakan.

Sumber: PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam

PPAM : Skim Permohonan Perumahan Penjawat Awam

Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam PPAM

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia?

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan ini.

Melalui sistem ini, semua permohonan dan penawaran akan dilakukan secara berpusat.

ppam permohonan

Lokasi Projek

Projek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam.

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPAM

Semua Penjawat awam yang bekerja dengan

  • Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Negeri
  • Pihak Berkuasa Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri.
ppam

Tarikh Permohonan PPAM

Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal online Perumahan Penjawat Awam Malaysia dari semasa ke semasa.

Permohonan akan dibuka setelah pemaju mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Status permohonan boleh disemak dan dikemaskini berdasarkan permohonan yang dibuka.

permohonan ppam

Pilihan Projek PPAM 2022

Pilihan projek hanya dibenarkan bagi pemohon yang telah melengkapkan profil.

Terdapat beberapa peraturan yang diset dalam aplikasi untuk setiap permohonan.

Peraturan tersebut adalah:

  1. Setiap pemohon hanya layak membuat tiga (3) permohonan sahaja dalam satu-satu masa.
  2. Sekiranya terdapat permohonan projek yang dibatalkan, pemohon boleh memohon projek lain dengan syarat tidak melebihi tiga (3) permohonan lengkap.
  3. Pemohon hanya boleh memohon projek lain sekiranya tiada permohonan yang berstatus Terima Tawaran, S&P atau Pemilikan.
  4. Sekiranya pemohon mempunyai pasangan yang telah ditawarkan, pemohon adalah tidak layak untuk ditawarkan dan tidak dibenarkan memohon projek yang baru.
  5. Sekiranya pemohon mempunyai permohonan pada projek PPAM Perbadanan Putrajaya, pemohon tidak layak untuk ditawarkan.

Sila rujuk senarai projek terbaru melalui pautan berikut: https://www.ppam.gov.my/project/list

Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2022

Cara Permohonan Rumah PPAM

Semua permohonan PPAM boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my

Tiada borang secara manual.

Sila rujuk infografik di bawah untuk panduan langkah demi langkah.

permohonan ppam

Pemohon boleh merujuk manual pengguna di laman web berikut: https://www.ppam.gov.my/application/guide

permohonan ppam

Pemohon boleh mengakses laman web untuk mengetahui maklumat lanjut dan membuat permohonan online melalui pautan
berikut:
i. Portal – http://www.ppam.gov.my
ii. Aplikasi – https://apps.ppam.gov.my

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

Semakan Status Permohonan

Status permohonan boleh disemak di portal online dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem adalah seperti berikut:

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  • Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
  • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

Maklumat Lanjut

Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

https://www.ppam.gov.my/