Diskaun Saman PDRM sebanyak 50% (30 November – 1 Disember 2022)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Diskaun Saman PDRM 50% (30 November – 1 Disember 2022).

Sumber: Diskaun Saman PDRM 50% (30 November – 1 Disember 2022)

Diskaun Saman PDRM 50% (30 November – 1 Disember 2022)

[HEBAHAN] TAWARAN DISKAUN SAMAN PDRM 50% Sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia

Jom meriahkan Program Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia bertempat di Malaysia Grand Bazaar, BBCC, Lalaport KL.

Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Ayuh, ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

diskaun saman
Sumber: Polis KL

Diskaun Saman 50% Dari 30 November – 1 Disember 2022

Polis KL telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.

Pengurangan saman sehingga 50% itu akan ditawarkan selama 2 hari bermula 30 November hingga 1 Disember 2022

Pengurangan saman ini adalah bersempena Program Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia

Tarikh : 30/11/2022 – 1/12/2022

Masa : 9.00pg – 5.00ptg

Tempat : Malaysia Grand Bazaar, BBCC, Lalaport KL

Amalkan SOP Terkini Fasa Peralihan Ke Endemik

Cara Pembayaran :

  • MANUAL DI KAUNTER
    • Bayaran di kaunter bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
    • Bermula 30 November hingga 1 Disember 2022 sahaja

Pembayaran boleh dibuat di tapak kawasan yang dinyatakan sahaja

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di media sosial Polis KL.

Bagi mereka yang tidak berada di Semenanjung, PDRM Sabah kini juga sedang menawarkan pengurangan saman.

Pengurangan Saman 50% Di Semua Kaunter Saman Seluruh Kontinjen Sabah

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah akan membuka kaunter diskaun saman sebanyak 50% bermula dari 28 November – 04 Disember 2022 dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan seluruh Ibu Pejabat Polis daerah Sabah.

diskaun saman

Diskaun saman 50% untuk semua jenis saman KECUALI :-

1. Saman kemalangan tahun semasa

2. Saman berstatus bicara mahkamah

3. Kesalahan Op selamat tahun semasa

4. 6 kesalahan utama seperti :

i) Memandu di lorong kecemasan

ii) Memotong di garisan berkembar

iii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

iv) Memotong barisan kenderaan

v) Memandu melebihi had laju yang ditetapkan

vi) Tidak mematuhi lampu isyarat

5. Saman berstatus waran tangkap semasa

6. Saman berstatus non compaun (NC)

7. Saman berkaitan ekzos (e)

8. Saman berkaitan lori (B)

Selain itu, saman luar Kontinjen Sabah juga turut diberikan diskaun sebanyak 50% apabila bayaran dibuat di kaunter saman di JSPT IPD seluruh Kontinjen Sabah.

Baca Juga: e-Pengambilan PDRM Permohonan Polis & Semakan Panggilan