Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP 2023 seperti syarat umum, cara memohon, dokumen yang diperlukan dan sebagainya

Lain: JPKA Sabah : Cara Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)

Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Berikut adalah info mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP yang dikongiksan oleh https://ecentral.my/skim-bantuan-kewangan-bulanan-maiwp/

Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Syarat Umum

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang 1 satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

Cara Memohon

Pemohon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan berpandukan langkah-langkah berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf.
  2. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP. 

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan).
    – Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  4. Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
  5. Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  6. Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami

Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen seperti di bawah sekiranya berkaitan :

  • Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
  • Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT.: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
  • Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, sila rujuk pada pautan berikut :

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-kewangan-bulanan

Sumber: https://ecentral.my/skim-bantuan-kewangan-bulanan-maiwp/