Amalan Sunat Bulan Rejab

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai amalan sunat bulan rejab seperti doa masuk bulan rejab, puasa rejab, niat puasa bulan rejab dan sebagainya

Baca juga: Doa Masuk Bulan Rejab

Amalan Sunat Bulan Rejab

Berikut adalah maklumat mengenai amalan sunat bulan rejab yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/amalan-sunat-bulan-rejab/

Doa Masuk Bulan Rejab

Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahuma baariklana fi rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

[HR Baihaqi]

Amalan Sunat Bulan Rejab

Puasa Rejab

Anda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa esok hari, atau mana-mana hari dalam bulan Rejab :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan rejab kerana Allah ta’ala”

amalan sunat bulan rejab

Kesimpulan

Dalam kita perbanyakkan beribadah pada bulan Rejab, harus diingat bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan khusus.

Menurut perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu.

Salah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]

Namun begitu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.

Sempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama memantapkan lagi amal ibadah kita.

Semoga Allah menerima segala ibadah kita serta memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin

Sumber: https://ecentral.my/amalan-sunat-bulan-rejab/