Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM) seperti tarikh permohonan, syarat kelayakan, cara mohon dan dokumen diperlukan
Lain: Waktu Solat Selangor 2023 JAIS
Bantuan Zakat Ramadhan
Berikuta adalah info mengenai bantuan zakat ramadhan yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/bantuan-zakat-ramadhan-maidam/
Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM
Tarikh Permohonan
Permohonan perlulah dilakukan sebelum atau pada 17 Januari 2023.
![Bantuan Zakat Ramadhan](https://akak.my/wp-content/uploads/2023/01/Bantuan-Zakat-Ramadhan-728x1024.jpg)
Syarat Kelayakan
Pemohon dari golongan mualaf / saudara kita perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan berikut :
- Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
- Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
- Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu di tetapi TIDAK mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
Saudara Kita yang TIDAK LAYAK :
- Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di luar Terengganu
- Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di luar Terengganu
NOTA :
- Bayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun pemohon.
- Bagi pemohon yang tiada akaun, pemohon wajib hadir dengan membawa kad pengenalan asal serta kad akuan memeluk agama Islam sebagai bukti.
- Tidak dibenarkan wakil untuk menerima zakat tersebut.
- Tarikh agihan akan dimaklumkan kemudian.
- Pemohon yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran MAIDAM hendaklan mengisi Borang Akuan Bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Penghulu/Amil Zakat/ Pengerusi MPKK.
Cara Memohon Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM
Anda boleh muat turun borang permohonan Bantuan Zakat Ramadhan seperti di bawah.
![Bantuan Zakat Ramadhan](https://akak.my/wp-content/uploads/2023/01/Bantuan-Zakat-Ramadhan-.-741x1024.jpg)
![Bantuan Zakat Ramadhan](https://akak.my/wp-content/uploads/2023/01/Bantuan-Zakat-Ramadhan-735x1024.jpg)
![Bantuan Zakat Ramadhan](https://akak.my/wp-content/uploads/2023/01/Bantuan-Zakat-Ramadhan-1-1-735x1024.jpg)
![Bantuan Zakat Ramadhan](https://akak.my/wp-content/uploads/2023/01/Bantuan-Zakat-Ramadhan.-732x1024.jpg)
Borang permohonan serta dokumen yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Dakwah-Saudara Kita sebelum atau pada 17 Januari 2023.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon dikehendaki untuk kemukakan senarai dokumen sokongan bersama borang permohonan :
- Salinan Kad Memeluk Islam / Pengesahan Memeluk Islam
- Salinan MyKad / Passport / Visa Pemohon
- Salinan MyKad Suami / Isteri
- Salinan MyKad/ MyKid / Sijil Lahir anak-anak di bawah tanggungan:
- Anak belum bersekolah
- Anak sekolah rendah
- Anak sekolah menengah
- Anak pengajian tinggi
- Anak OKU
- Salinan nombor akaun bank/ muka depan buku bank (kecuali Tabung Haji & ASB)
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan Bantuan Zakat Ramadhan, sila hubungi MAIDAM di butiran :
No. Telefon : 09 – 6303030
Laman Web : maidam.gov.my
Sumber: https://ecentral.my/bantuan-zakat-ramadhan-maidam/