Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 September 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan mengenai bayaran BKM seperti tarikh bayaran bkm fasa 1, 2, 3, 4 serta semakan bayaran BKM, jumlah bayaran BKM dan sebagainya.

Artikel berkaitan: Borang Permohonan BKM 2022 Daftar Kemaskini Baru Online

Tarikh Bayaran BKM

Berikut adalah panduan bayaran BKM yang dikongsikan oleh artikel asal di https://kerajaanonline.com/bayaran-bkm/

Apa Itu BKM

BKM adalah singkatan bagi Bantuan Keluarga Malaysia yang merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Tarikh Bayaran BKM

Sedia maklum, pemohon yang berstatus lulus dalam permohonan akan dimasukkan bayaran ke akaun masing-masing atau melalui kaedah penunaian di Bank Simpanan Nasional secara berfasa selama 4 fasa. Berikut adalah tarikh bayaran bkm untuk setiap fasa 2022.

Terdapat 2 kaedah pembayaran akan di lakukan iaitu :

PERKARAKAEDAH PEMBAYARAN
Pemohon ada akaun bank1. Berjaya kredit : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM.

2. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank pemohon boleh dibuat semasa tempoh kemas kini maklumat asas Permohonan BKM 2022 yang dibuka dalam tempoh yang ditetapkan.
Pemohon tiada akaun bankTuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank pemohon boleh dibuat semasa tempoh kemas kini maklumat asas Permohonan BKM 2022 yang dibuka dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 2022

Tarikh pembayaran Fasa 1 adalah pada 28 Mac 2022 secara berperingkat kepada pemohon yang ada akaun bank. Untuk pemohon yang tiada akaun penunaian di kaunter Cawangan Bank BSN mulai 30 Mac 2022. Bagi yang tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) penunaian pembayaran Fasa 1 di kaunter Cawangan Bank (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 2022

Tarikh pembayaran Fasa 1 adalah pada 27 Jun 2022 secara berperingkat kepada pemohon yang ada akaun bank. Untuk pemohon yang tiada akaun penunaian di kaunter Cawangan Bank BSN mulai 27 Jun 2022 (termasuk di Sabah / Sarawak).

Tarikh Pembayaran BKM Tambahan Fasa 2 2022

Pembayaran kepada permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus dan dibayar secara one-off bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM 2022 mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.

Kategori dan amaun kelayakan Bantuan Tunai Tambahan adalah seperti berikut:

Kategori BantuanAmaun Kelayakan (one-off)
Isi Rumah / IBT ada anakRM100
Warga Emas (Sebatang Kara/Tiada Pasangan)RM50
Bujang / IBT tiada anakRM50

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 2022

Tarikh pembayaran Fasa 3 adalah pada September 2022 secara berperingkat kepada pemohon yang ada akaun bank. Untuk pemohon yang tiada akaun penunaian di kaunter Cawangan Bank BSN mulai September 2022 (termasuk di Sabah / Sarawak).

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 2022

Tarikh pembayaran Fasa 4 adalah pada Disember 2022 secara berperingkat kepada pemohon yang ada akaun bank. Untuk pemohon yang tiada akaun penunaian di kaunter Cawangan Bank BSN mulai Disember 2022 (termasuk di Sabah / Sarawak).

Tarikh Pembayaran BKM Bujang 2022

Berikut adalah tarikh pembayaran BKM Bujang 2022 :

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah dan Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.

PERKARATARIKH
Fasa 1Bermula 28 Mac 2022
Fasa 2Bermula 27 Jun 2022
Bantuan Tunai TambahanBermula 27 Jun 2022
Fasa 3September 2022
Fasa 4Disember 2022

Semakan Bayaran BKM

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan status pembayaran BKM boleh ikuti cara yang ditunjukkan di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
Semakan Bayaran BKM 2022https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  1. Untuk check status duit masuk dari Bantuan Keluarga Malaysia sila klik pautan di atas.
  2. Anda dikehendaki Log Masuk terlebih dahulu untuk semak.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  4. Klik Semak.
  5. Tick Ya jika Adakah ini kata kunci keselamatan anda?
  6. Masukkan Kata Laluan. Jika terlupa boleh rujuk di sini cara dapatkan balik kata laluan bkm.
  7. Klik Log Masuk.
  8. Klik Semakan Status.
  9. Lihat Bahagian Pembayaran.
  10. Selesai.

Semak Status BKM 2022 juga boleh dibuat melalui:

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Jumlah Bayaran BKM

Untuk pengetahuan penerima bantuan ini, jumlah yang diluluskan adalah berbeza bagi setiap kategori. Setiap kategori akan menerima jumlah yang sepatutnya secara berfasa.

Berkahwin Umur 59 Tahun Ke Bawah

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

BILANGAN ANAK01-23 DAN KE ATAS
Fasa 1RM300RM300RM300
Fasa 2RM200RM300RM400
Bantuan Tunai TambahanRM100RM100RM100
Fasa 3RM200RM300RM400
Fasa 4RM300RM600RM900
JumlahRM1,100RM1,600RM2,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

BILANGAN ANAK01-23 DAN KE ATAS
Fasa 1RM100RM200RM300
Fasa 2RM100RM100RM100
Bantuan Tunai TambahanRM100RM100RM100
Fasa 3RM100RM100RM100
Fasa 4RM100RM200RM300
JumlahRM500RM700RM900

Warga Emas Kahwin Umur 60 Dan Ke Atas

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

BILANGAN ANAK01-23 DAN KE ATAS
Fasa 1RM300RM300RM300
Fasa 2RM200RM300RM400
Bantuan Tunai TambahanRM100RM100RM100
Fasa 3RM500RM600RM700
Fasa 4RM300RM600RM900
JumlahRM1,400RM1,900RM2,400

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

BILANGAN ANAK01-23 DAN KE ATAS
Fasa 1RM100RM200RM300
Fasa 2RM100RM100RM100
Bantuan Tunai TambahanRM100RM100RM100
Fasa 3RM400RM400RM400
Fasa 4RM100RM200RM300
JumlahRM800RM1000RM1,200

Ibu Bapa Tunggal (IBT) Ada Anak

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

BILANGAN ANAK1-23 DAN KE ATAS
Fasa 1RM300RM300
Fasa 2RM300RM400
Bantuan Tunai TambahanRM100RM100
Fasa 3RM800RM900
Fasa 4RM600RM900
JumlahRM2,100RM2,600

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

BILANGAN ANAK1-23 DAN KE ATAS
Fasa 1RM200RM300
Fasa 2RM100RM100
Bantuan Tunai TambahanRM100RM100
Fasa 3RM600RM600
Fasa 4RM200RM300
JumlahRM1,200RM1,400

Jumlah Bayaran BKM Bujang 2022

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.

Pendapatan RM0 – RM2,500:

PERKARAJUMLAH
Fasa 1RM200
Fasa 2
Bantuan Tunai TambahanRM50
Fasa 3RM150
Fasa 4
JumlahRM400

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.

Pendapatan RM0 – RM5,000:

PERKARAJUMLAH
Fasa 1RM150
Fasa 2RM150
Bantuan Tunai TambahanRM50
Fasa 3RM150
Fasa 4RM150
JumlahRM650

Rujukan

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh ajukan kepada Nombor Bantuan di bawah ini :

Hotline BKM LHDN : 1800 88 2747.
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565.
e-Mel : bkm@treasury.gov.my.

Sumber: https://kerajaanonline.com/bayaran-bkm/