Intipati Belanjawan Johor 2023 : Insentif & Bantuan Rakyat Johor

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Intipati Belanjawan Johor 2023. Senarai Insentif & Bantuan Rakyat Johor.

Sumber: Belanjawan Johor 2023 : Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Johor

belanjawan johor 2023

Belanjawan Johor 2023 : Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Johor

Belanjawan Johor 2023: Makmur Bersama Rakyat

Belanjawan Johor 2023 telah dibentangkan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor secara langsung menerusi live streaming di Facebook pada 1 Disember 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya warga Johor.

Belanjawan Johor 2023

Kerajaan negeri Johor telah membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang merupakan belanjawan lebihan RM2.44 juta selepas dua tahun berturut-turut mempersembahkan belanjawan defisit pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Kali terakhir kerajaan Johor membentangkan belanjawan lebihan ialah Belanjawan 2020 pada November 2019.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hasil negeri pada tahun hadapan dijangka kira-kira RM1,734.18 juta dengan unjuran perbelanjaan negeri pada tahun 2023 ialah kira-kira RM1,731.74 juta, yang kemudiannya mencatatkan lebihan sebanyak RM2.44 juta.

Membentangkan Belanjawan 2023 buat kali pertama, beliau berkata anggaran hasil pada tahun hadapan dijangka meningkat sebanyak 3.75 peratus manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama menurun sebanyak 11.56 peratus.

Onn Hafiz berkata belanjawan tersebut yang bertemakan “Maju Johor: Makmur Bersama Rakyat” disifatkan sebagai satu kesinambungan perjuangan yang memartabatkan pertumbuhan ekonomi Johor yang gemilang.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, saya akan perincikan pelbagai inisiatif dalam Belanjawan Johor 2023 ini yang bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi global serta memastikan sasaran pertumbuhan dapat dipacu yang insya-Allah akan mempertingkatkan kesejahteraan Bangsa Johor,” kata beliau ketika berucap pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata perbelanjaan negeri tahun hadapan terdiri daripada perbelanjaan pembangunan sebanyak RM600 juta manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.126 bilion.

“Belanjawan Johor 2023 ini dirangka dengan 3.8 juta rakyat Johor sentiasa berada di hati dan benak fikiran kerajaan negeri Johor. Suara hati, jiwa dan minda mereka kita selami bersama keadaan dan situasi semasa maka lahirlah Belanjawan Johor 2023 ini.

“Kita berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar (tahun hapadan). Apa yang penting adalah kita perlu menyediakan perancangan ekonomi yang mampan, berdaya tahan serta reserve simpanan yang mencukupi bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang,” kata beliau tambahnya ekonomi Malaysia pastinya tidak terkecuali daripada berhadapan dengan impak yang sama.

Meskipun negara berada dalam fasa pemulihan, ketidaktentuan ekonomi global ini tentunya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk negeri Johor yang berekonomi terbuka, kata Onn Hafiz.

bantuan rakyat johor

Intipati Bantuan Untuk Rakyat Johor 2023

  • Pindahmilik tanah melalui Perintah Hibah sesama ahli keluarga DIKECUALIKAN BAYARAN PENDAFTARAN BORANG 14A
  • Majlis Agama Islam Johor pasang Wifi di 140 sekolah agama Kerajaan Johor, memberi manfaat 190 ribu pelajar
  • Majlis Agama Islam Johor peruntuk RM400 ribu bagi Program Pembangunan Usahawan Asnaf
  • Membina 21,139 unit Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh 5 tahun
  • Suri rumah berdaftar e-Kasih seramai 12,864 dicarumkan KWSP sebanyak RM60 setahun berjumlah RM771 ribu
  • RM9.4 juta penyelenggaraan dan baik pulih peralatan dan perabot sekolah-sekolah agama Johor
  • RM28.7 juta bagi perkhidmatan percuma Bas Muafakat Johor di 72 laluan seluruh Johor
  • Bantuan Pendidikan melalui Jawatankuasa Khas Biasiswa & Bantuan Pendidikan sebanyak RM16.5 juta
  • Program Youngsters Coding RM400 ribu, Program Young Dronegineers RM400 ribu
  • Kenaikan RM50 elaun Guru Al Quran Khas dan Am melibatkan peruntukan RM1.039 juta setahun kepada 1,733 guru
  • Bantuan Khas Kewangan 2022 kepada semua penjawat awam, guru KAFA, PDK dan Guru Tadika Islam Johor SEBULAN GAJI
    • Bantuan tersebut akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2023
  • RM100,000 peruntukan untuk caruman SSPN Prime sebanyak RM100 bagi setiap bayi kelahiran di Johor bagi mereka yang berpendapatan RM7,000 ke bawah
  • Bajet RM1.5 juta untuk Geran Usahawan Bangsa Johor untuk meningkatkan purata pendapatan 240 usahawan mikro melalui pemberian barangan dan peralatan
  • Peruntukan sebanyak RM7.2 juta untuk memperluaskan penggunaan JohorPay sebagai platform pembayaran atas talian bagi perkhidmatan kerajaan
bantuan rakyat johor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Johor 2023, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di pautan berikut:

https://www.johor.gov.my/kerajaan/bajet-johor/tahun-2023

Baca juga: