Tawaran Biasiswa Khas Sagong Tasi Untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor

Tawaran Biasiswa Khas Sagong Tasi Untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai tawaran biasiswa khas Sagong Tasi untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor; Syarat Kelayakan, Kadar Biasiswa serta Cara Memohon.

Artikel Lain: Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master)

Tawaran Biasiswa Khas Sagong Tasi Untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor kini menawarkan Biasiswa Khas Sagong Tasi untuk siswa Orang Asli yang berjaya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Biasiswa Sagong Tasi merupakan tajaan khas bagi pelajar Orang Asli dari Selangor yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Permohonan bagi biasiswa istimewa ini dibuka sepanjang tahun bagi pelajar yang berkelayakan.

Biasiswa Khas Sagong Tasi

Kadar Biasiswa Khas Sagong Tasi

Kadar biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Orang Asli yang berkelayakan adalah seperti berikut :

  1. Yuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.
  2. Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

IPT Yang Terlibat

Pelajar Orang Asli yang berjaya menyambung pengajian ke salah satu IPT berikut layak untuk memohon :

  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
  4. Universiti Putra Malaysia (Serdang)
  5. Universiti Selangor (UNISEL)
  6. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  7. Kolej Antarabangsa INPENS.

Syarat Kelayakan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  4. Pemohon telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  5. Pemohon telah mendaftar pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).
  6. Pemohon yang belim menerima sebarang pinjaman/biasiswa/bantuan kewangan dari lain-lain penaja.
  7. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
  8. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

Pelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai  Biasiswa Khas Sagong Tasi, sila layari pautan berikut : https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/biasiswa-sagong-tasi

Sumber: https://ecentral.my/biasiswa-khas-sagong-tasi/