Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Check / Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS.
Sumber: 5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Sekarang dah ada banyak cara semak saman Polis, JPJ atau AES dengan mudah dan pantas, semuanya di hujung jari!
Kadangkala kita tak perasan yang kita ada lakukan kesalahan jalan raya, sama ada melalui kesilapan yang direkodkan oleh pegawai JPJ, Polis Trafik, ataupun AES, iaitu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Jadi untuk mengelakkan saman terkumpul, kita bolehlah membuat semakan agar bayaran dapat dibuat terutamanya ketika tempoh ditawarkan diskaun atau promosi.
Cara ini memang sangat membantu sebab kita tak perlu lagi ke kaunter dan boleh terus membuat bayaran sekaligus melalui kemudahan atas talian ini.
Baca juga : MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
DISKAUN SAMAN JPJ & PDRM SEMPENA HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (9-31 DISEMBER 2021)
Bersempena dengan Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan PENGURANGAN BAYARAN SAMAN (Diskaun Saman) sehingga 80%.
DISKAUN SAMAN PDRM
Bayaran boleh dibuat secara online dan manual.
i) BAYARAN ONLINE (PORTAL MYBAYAR SAMAN)
- Semakan dan bayaran secara online boleh dibuat di portal dan apps My Bayar Saman. Harga yang tertera adalah selepas diskaun 80%.
ii) BAYARAN MANUAL DI KAUNTER
- Bayaran di kaunter Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.
- Bayaran di mesin ATM Maybank.
DISKAUN SAMAN JPJ
Diskaun saman JPJ boleh dibuat secara online dan manual melalui:
- Kaunter JPJ setiap negeri
- Portal MySikap
- Kiosk JPJ
5 Cara Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Jom kami kongsikan 5 cara untuk anda check saman secara online atau melalui SMS tanpa perlu ke kaunter.
1. Semakan Saman Melalui Portal Rasmi PDRM
Sistem Semakan Online memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Bagi yang sudah mendaftar – Login https://sso.rmp.gov.my/
Jika belum mendaftar, daftar terlebih dahulu sebagai pengguna.
Sebarang masalah berkaitan semakan saman polis boleh disalurkan melalui ruang ‘Maklum balas’ pada laman web tersebut.
2. Cara Check Saman Polis Di MyBayar Saman
Perkhidmatan digital terkini MyBayar Saman baru dilancarkan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:
- Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%.
3. Cara Semak Saman Melalui Laman Web Rasmi JPJ
Semakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui laman web rasmi JPJ di pautan berikut:
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
- Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-8000 8000.
Baca juga : HRMIS Login Page: Panduan Kemaskini Data Penjawat Awam
4. Cara Semak Saman Melalui Sistem MYeG
Cara semak saman dengan MyEG adalah antara cara yang paling mudah dan pantas kerana anda juga boleh membuat bayaran terus sekiranya terdapat saman yang perlu dijelaskan.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah seperti langkah berikut:
- Pergi ke laman web rasmi MyEG Services Berhad di pautan berikut : http://www.myeg.com.my)
- Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda.
- Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
- Tekan butang ‘Daftar Sekarang’.
- Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butiran diri seperti yang di minta.
- Setelah selesai, klik ‘Hantar’ dan Log in menggunakan username dan password anda.
- Pilih tab untuk semak saman trafik polis (PDRM)
- Masukkan IC/Nombor Syarikat/Nombor plat kereta anda kemudian klik ‘Hantar’.
- Senarai saman akan dipaparkan jika kenderaan anda direkodkan melakukan kesalahan.
- Jika ingin membuat bayaran saman, anda boleh memilih sama ada membayar menggunakan kad kredit/debit atau online banking.
- Jika memilih online banking, akan disenaraikan beberapa bank terpilih dan anda boleh terus membuat pembayaran.
- Untuk rekod dan salinan, segala transaksi boleh dilihat di dalam profail akaun MyEG masing-masing.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-7664 8000.
5. Cara Check Saman Melalui SMS
PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Terdapat 3 cara semak saman melalui SMS iaitu:
Cara 1
- Taip: POLIS SAMAN <Nombor pendaftaran/Plat kenderaan> hantarkan ke 32728.
- Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728
Cara 2
- Taip POLIS SAMAN <No Plat kenderaan> dan hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke 15888
Cara 3
- Taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> hantar kepada 32728
- Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728
Cara Dapatkan Diskaun Saman Polis
Kebiasaannya, pihak PDRM akan mengadakan diskaun atau promosi bagi menggalakkan orang awam menjelaskan bayaran saman.
Untuk mendapatkan maklumat ini, kita perlu peka dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak mereka.
Untuk mendapatkan update terkini tentang diskaun saman polis, follow Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di SINI.