Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara kira OT & cara kira overtime untuk kira gaji lebih masa.
Lain: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC
Cara Kira Overtime
Berikut adalah info mengenai cara kira overtime yang dikongsikan oleh laman asal di https://kekandamemey.com/cara-kira-overtime-ot.html
Cara Kira OT
Apa itu OT
Peruntukkan mengenai kerja lebih masa atau overtime ini ada disebut dalam Akta Kerja 1955 , Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Dalam kata lain, faedah OT ini hanya WAJIB diberikan kepada mereka yang dilindungi oleh Akta dan Ordinan-Ordinan tersebut.
Mereka yang tidak dilindungi pula, perlu merujuk kepada kontrak kerja dan lihat jika majikan anda bermurah hati membayar pada kadar yang lebih tinggi untuk kerja lebih masa ini.
Berapa Jumlah Jam Bekerja Yang Dibenarkan Sehari?
Tidak melebihi lapan jam sehari
- Tidak lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang daripada tiga puluh minit
- Tidak melebihi tempoh sepuluh jam satu hari
- Tidak melebihi empat puluh lapan jam dalam satu minggu
- Tidak boleh melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif
CARA KIRA OVERTIME OT ( Asas Kiraan OT )
Untuk membuat kiraan kita perlukan asasnya:
– Gaji
– Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)
– Kadar Gaji Sejam (Hourly Rate Of Pay)
Contoh Asas Kiraan OT
Gaji Ahmad sebulan adalah RM1,100.
Pada hari Isnin yang lalu, dia diarahkan berkerja selama 2 jam tambahan selepas tamat masa kerja biasanya.
Gaji sebulan Ahmad: RM1,100.
Gaji sehari (ORP) Ahamd: RM1,100 / 26 = RM42.31
Gaji sehari (HRP) Ahmad: RM42.31/8 (jika masa kerja sebenar sehari ialah 8 jam) = RM5.29
Maka bayaran tambahan OT yang diterimanya adalah RM5.29 x 2 (jam) x 1.5 (kadar OT hari biasa) = RM15.87
CARA KIRA OVERTIME OT ( Gaji Lebih Masa )
Untuk mengira jumlah OT yang perlu di bayar kepada pekerja, kita perlu faham dan ingat ORP dan HRP.
Formula-formula yang digunakan berkisar dengan mereka.
Ambil perhatian bahawa pada hari biasa, cuma kerja selepas tempoh masa biasa berkerja (biasanya 8 jam), baru lah di kira sebagai kerja lebih masa (OT). Untuk hari cuti umum dan hari rehat, apabila sahaja kerja di buat ia dikira OT kerana sepatutnya hari tersebut pekerja tidak perlu berkerja.
Pekerja Bergaji Hari
Untuk pekerja bergaji HARI, kiraan OTnya sama dengan di atas kecuali pada HARI REHAT, yang mana mereka di bayar pada kadar:
- Jika OT selama 4 jam atau kurang – 1 HARI GAJI (1 x ORP)
- 4 Hingga 8 jam – 2 HARI GAJI (2 x ORP)
- Lebih 8 jam – Setiap jam di bayar pada kadar 2 x HRP
Kiraan Kerja Lebih Masa (Rate Of Payment For Overtime Work)
Pekerja | OT Pada Hari Biasa | OT Pada Hari Rehat/Cuti | OT Pada Cuti Umum |
Gaji Bulanan | 1½ x HRP (Kadar Gaji Sejam Yang Biasa) | Jika OT selama 4 jam atau kurang:½ hari gaji pada ORP (Gaji Biasa Sehari)Jika melebihi 4 jam:1 hari gaji pada ORP Melebihi 8 jam:2x HRP | 8 Jam atau Kurang:2x Gaji pada ORPMelebihi 8 jam:3x ORP |
Gaji Harian | 1½ x HRP | 4 jam atau kurang:1 hari gaji pada ORPMelebihi 4 jam:2x Gaji pada ORPMelebihi 8 jam:Tidak kurang dari 2x HRP | 8 jam atau kurang:2x gaji pada ORPMelebihi 8 jam:3x HRP |
Gaji Mengikut Kadaran / Piece Rate | 1½ Gaji pada ORP | 2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece) | 8 jam atau kurang:2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)Melebihi 8 jam:3x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece) |
Anggapan: Masa kerja sehari = 8 jam |
CARA KIRA OVERTIME (Pindaan Akta Kerja 2022)
Terkini Akta Pekerja 1955 kini telah diwartakan Pindaan 2022. Berikut adalah merupakan kadar penggiraan overtime terkini:
TarikhKuatkuasa
- Pindaan ini berkuatkuasa 1 September 2022.
Kelayakan
- Semua pekerja di Malaysia yang bergaji bulanan RM4000 ke bawah.
Pindaan 2022
- Jumlah waktu kerja mingguan dikurangkan kepada 45jam seminggu dari 48jam seminggu.
- Sekiranya anda bergaji RM4000 ke bawah, secara automatik anda tertakluk di bawah Akta Pekerja. Gaji RM4001 ke atas, anda tertakluk dengan kontrak pekerjaan dengan majikan
- Gaji bawah RM4000 layak untuk dapat Overtime dengan tidak mengirapangkat. Naik Dari RM2000.
Cara Kira Overtime (OT)
Langkah 1:
- Kenalpasti jadual kerja mingguan masing-masing.
- Sekiranya anda bekerja 6 hari seminggu, maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45jam/6 = 7.5 jam sehari.
- Sekiranya anda bekerja 5 hari seminggu, Maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45jam/5 = 9 jam sehari. Tapi kebiasaan pekerjaan 5 hari ini 8 jam sehari sahaja (8jam x 5hari = 40jam).
- Kesimpulannya, kalau jumlah kerja seminggu sekarang kurang dari 45jam, waktu kerja anda tak berubah. Yang lebih sahaja akan berubah.
- Wwalaubagaimanapun bagi anda bekerja 5 hari iaitu 40jam seminggu, OT biasanya akan dikira apabila anda kerja Lebih 45 jam. (5 jam tambahan tidak dikira)
Langkah 2:
- Kenalpasti jumlah hari dan berapa jam sehari anda kena kerja.
- Contoh guna tangga gaji RM4000 (maksimum).
- Untuk dapatkan Rate Harian (ORP). Formulanya adalah gaji bulanan bahagi 26.
- ORP: RM4000 / 26 = RM153.85
- Untuk dapatkan Rate Sejam (HRP), ianya bergantung kepada kiraan berapa jam (JMK) sehari anda bekerja seperti kiraan Pertama di atas.
- Contoh jam harian anda 8, maka: HRP: RM153.85 / 8 = RM19.23
- Contoh jam harian anda 7.5, Maka: HRP: RM153.85 / 7.5 = RM20.51.
Langkah 3:
- Sekiranya OT dibuat pada hari biasa anda bekerja, gandaan dia adalah HRP x 1.5.
- Contoh: kerja lebih Masa 2 jam Dan HRP anda adalah RM20.51. Maka RM20.51 x 2 jam x 1.5 = RM61.53.
- Contoh kerja Selama 8 jam. Maka 8 x RM20.51 x 1.5 = RM246.12
- Sekiranya OT di buat pada hari rehat anda
- Kerja 1/2 JMK, ORP x 0.5. Contoh RM153.85 x 0.5 = RM76.93.
- Kerja full JMK, ORP x 1.0. Contoh RM153.85 x 1.0 = RM153.85.
- Kerja Lebih Dari JMK, tambah HRP x 2.0. Contoh korang kerja 2 jam ekstra 2 jam x RM20.51 x 2.0 = RM82.04.
- Sekiranya OT dibuat pada hari cuti Umum, asal dah kerja lebih Dari 1/2 JMK anda akan dapat OPR x 2.0. Selepas itu kalau tambah lagi waktu kerja dapat pula HRP x 3.0.
- Contoh kalau kerja 1/2 JMK, dapat RM153.85 x 3.0 = RM461.55
- Contoh kalau full JMK, dapat RM153.85 x 3.0 = RM461.55
- Katakan pula korang kerja lebih 3 jam lagi. Tambah pula 3 jam x RM20.51 x 3.0 = RM184.59.
Sumber: https://kekandamemey.com/cara-kira-overtime-ot.html