Dermasiswa Sultan Ismail Petra

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran Luar Negara oleh Dermasiswa Sultan Ismail Petra.

Lain: Semakan Sekolah Rendah : Semakan Kemasukan Prasekolah 2023

Bantuan Melanjutkan Pelajaran Luar Negara

Berikut adalah maklumat mengenai Dermasiswa Sultan Ismail Petra yang dikongsikan oleh artikel asal dari laman https://ecentral.my/dermasiswa-sultan-ismail-petra/

Dermasiswa Sultan Ismail Petra

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dermasiswa Sultan Ismail Petra akan dibuka tidak lama lagi.

Terdahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara, program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan bagi membantu anak-anak Kelantan melanjutkan pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutama bidang Pengajian Islam.

Bantuan pengajian berbentuk Dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.

Dermasiswa ini juga dikhususkan kepada pelajar luar negara dan setahun sekali sahaja.

Tarikh Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra

Permohonan untuk tahun 2023 akan dibuka pada 1 Januari 2023 secara atas talian.

Syarat-Syarat Umum

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.

2. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.

3. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.

4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

5. Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja (sebulan)

Dermasiswa Sultan Ismail Petra

Syarat Khusus Calon

Pemohon Tahun Pertama

Layak memohon berdasarkan surat tawaran.

Pemohon Tahun Kedua dan Ke Atas

1. Mesir – Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut

2. Lain-lain negara – minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya

Syarat Tambahan

1. Maksimum bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.

2. Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab (lughah), maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian

Bidang Pengajian

Berdasarkan surat tawaran dan surat pengesahan pengajian terkini

Tempat Pengajian

1. Mesir (1+4 tahun) : *1 tahun bagi pengajian di Markaz Lughah

2.Lain-Lain Negara : berdasarkan surat tawaran

Cara Permohonan

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian di pautan http://eagihan.e-maik.my/

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk kemukakan bersama senarai dokumen yang diperlukan seperti berikut :

1. Salinan kad pengenalan atau surat beranak pemohon,penjaga dan tanggungan

2. Salinan penyata gaji/pendapatan terakhir/ penyata pencen (sekiranya ada)/surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak bekerja/bekerja sendiri) ibubapa/ penjaga/pasangan penjaga

3. Salinan surat pengesahan pengajian terkini

4. Salinan passport pemohon

5. Salinan akaun bank

6. Salinan keputusan peperiksaan terakhir

7. Surat sokongan/ pengesahan daripada Pegawai Kedutaan / Atase

8. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Dermasiswa Sultan Ismail Petra, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan di talian 09-7421519

Sumber: https://ecentral.my/dermasiswa-sultan-ismail-petra/