Gaji Minimum RM1500 Dilaksana Mulai 1 Mei 2022

Gaji Minimum RM1,500 Dilaksana Mulai 1 Mei 2022 Di Seluruh Negara – PM Ismail Sabri

Gaji Minimum

Pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

gaji minimum

Kali Terakhir Gaji Minimum Dinaikkan Adalah Pada 2020

Untuk rekod, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2020, Seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menyatakan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada pekerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sebanyak RM1,200 sebulan, RM46.15 sehari (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 sehari (lima hari) dan RM69.23 sehari (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77.

Gaji RM1,100 sebulan terpakai untuk kawasan selain Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran atau harian RM42.31 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM50.77 (lima hari) dan RM63.46 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.29.

Gaji minimum RM1,200 terpakai di 16 Majlis Bandaraya iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Seremban.

Ia juga terpakai di 40 Majlis Perbandaran membabitkan enam di Johor, Kedah (4), Kelantan (1), Melaka (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (3), Perak (4), Perlis (1), Selangor (6), Terengganu (2), Sabah (3), Sarawak (4) dan Putrajaya.

“Ikut perundangan, gaji_minimum adalah RM1,200 (kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran; RM1,100, selain kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran) tetapi ada majikan memberi kelonggaran untuk memberi gaji lebih tinggi daripada kadar jumlah itu.

“Malah, ada yang memberi gaji_minimum tetapi turut memberi beberapa inisiatif lain seperti tempat tinggal serta kebajikan yang lebih terjaga,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PERINTAH GAJI_MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN :Warta Perintah Gaji_Minimum 2020_P_U_A_5 Download

Atau

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/

Sumber: ecentral

Leave a Comment