Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai permohonan hadiah latihan persekutuan HLP bagi ambilan 2023

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Berikut adalah info mengenai hadiah latihan persekutuan HLP yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/hadiah-latihan-persekutuan-hlp/

Hadiah Latihan Persekutuan HLP

Permohonan bagi penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) telah dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini diberikan ) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bermula Sesi Pengajian Semester 1 2023/2024.

Secara ringkasnya, Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk gred 41 dan ke atas.

Kumpulan Fokus

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana (Lihat senarai kursus)
B) Peringkat Ph.D (Lihat senarai kursus)

Syarat Kelayakan

Calon-calon yang ingin memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini mestilah memenuhi syarat-syarat di bawah bagi membolehkan permohonan anda dipertimbangkan.

  1. Mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  2. Mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Pada Tahun 2023, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana;
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  5. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2016) pada tarikh tutup permohonan;
  6. Mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut- turut (2019, 2020 & 2021). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  7. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai/bidang pengajian Sarjana Muda yang telah diikuti dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
  8. Memiliki Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D (pencapaian CGPA minimum 2.5);
  9. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  10. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan).
  11. Masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi; atau telah mendapat tempat pengajian tetapi akan memulakan pengajian di manamana institusi pengajian tinggi pada Sesi Pengajian Semester 1 2023/2024.
  12. Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat;
  13. Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut:
    • Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau
      kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap dua (2) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan
      jayanya;
    • Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti
      kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti
      kursus yang terdahulu dengan jayanya
  14. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;
  15. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman
    Pelajaran (TPP);
  16. Pegawai bebas daripada sebarang penyakit kronik (Lampiran 4).
  17. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  18. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik serta diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang
    telah disediakan.

Cara Memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Ambilan 2023

Calon-calon yang berminat memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Ambilan 2023 hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php atau melalui portal
rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan
Dibuka).

Tarikh permohonan: 5 Disember 2022 jam 5.00 petang hingga
4 Januari 2023 jam 5.00 petang.

Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Unit Biasiswa,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Puan Nur Farhana binti Baharuddin / Cik Aimuni binti Che Mansor / Cik Nor Azlinda binti Azahar / Encik Wan Saleadzan Adlizan bin Wan Sharbini / Siti Shamimi binti Sadri)
No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 5011 / 03-8870 6338 / 03-8870 4950 / 03- 8870 6361 / 03-8870 6373 / 03-8870 6000 samb.
Faks : 03-8870 6839
Untuk masalah teknikal permohonan, sila hubungi :
No. Telefon : 03-8870 6319 / 03-8870 6317

Klik pautan di bawah untuk download:

Sumber: https://ecentral.my/hadiah-latihan-persekutuan-hlp/