Insentif Yuran Pendaftaran Taska PINTAS RM100

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Insentif Yuran Pendaftaran Taska PINTAS RM100 yang dikongsikan oleh laman asal di Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) Berjumlah RM100 (ecentral.my)

Lain: myBSN : Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Syarat-syarat kelayakan PINTAS

Insentif Yuran Pendaftaran Taska

Pemohon yang melepasi syarat-syarat kelayakan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) di bawah dipelawa untuk memohon:

  • Permohonan boleh dibuat di laman sesawang pintas.yawas.com.my
  • Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara; 
  • Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor; 
  • Anak berumur 4 tahun ke bawah; 
  • Menetap di Selangor; 
  • Ibu & Bapa sedang bekerja; 
  • Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000 
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga; 
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar; 
  • Taska dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.

Senarai dokumen diperlukan

Sekiranya anda ingin memohon Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS), anda dikehendaki memuat naik salinan dokumen-dokumen berikut bagi membolehkan permohonan anda diproses:

  • salinan sijil kelahiran anak
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan daftar pengundi
  • salinan penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • salinan akaun bank
  • salinan surat akuan berkanun atau sijil anak angkat
  • salinan resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan 2023

Cara mohon Insentif Yuran Pendaftaran Taska

Permohonan untuk Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web YAWAS https://pintas.yawas.my/permohonan/

Pastikan anda mengis esgala butiran yang diminta dengan lengkap dan memuat naik dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di atas.

Berikut adalah proses permohonan bagi insentif ini:

  1. Pendaftaran dalam talian
  2. Muat naik dokumen dalam tempoh 21 hari
  3. Proses semakan
  4. Lulus
  5. Insentif RM10 akan disalurkan kepada akan pemohon

Pertanyaan dan maklumat lanjut Insentif Yuran Pendaftaran Taska

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif kerajaan Selangor ini, anda boleh menghubungi pegawai bertugas seperti berikut:

Aras 5,
Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Nombor telefon: +03 5481 8800
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com

Sumber: Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) Berjumlah RM100 (ecentral.my)