Bagi rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah Umrah ketika Ramadhan kerana kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna & Tawakkalna.
Pengumuman mengenai perkara ini telah diumumkan sendiri oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi dan permohonan telah dibuka seawal 6 Mac lagi.
Apa itu Tawakkalna?
Secara mudah difahaminya, aplikasi Tawakkalna umpama aplikasi Mysejahtera yang kita gunakan di Malaysia.
Di Arab Saudi, orang luar atau penduduk setempat yang ingin memasuki ke mana-mana kedai, banngunan atau kawasan turut dikehendaki untuk scan kod bar yang ada bagi memudahkan pengesanan koontak rapat.
Aplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya.
Tata cara penggunaan Tawakkalna
Rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci wajib memuat turun aplikasi ini yang akan digunakan oleh mereka disana.
Aplikasi ini juga akan turut mengemaskinikan status vaksinasi anda boleh membolehkan anda menunaikan ibadah Umrah dengan lancar.
- Muat turun aplikasi Tawakkalna:
- Daftar akaun anda
- Pilih akauan Visitor dan masukkan butiran diri
- Barcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik permistaw
Apa itu Eatmarna?
Antara permohonan permit yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:
- Tunaikan Umrah
- Solat Fardhu di Masjidil Haram
- Ziarah Raudhah
- Ziarah Makam Rasulullah
- Mencium dan memegang Hajarul Aswad
- Solat di Hijr Ismail
Cara mohon permit Umrah
- Muat turun aplikasi Eatmarna:
- Daftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diri
- Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantar
- Pilih permit yang ingin dimohon
- Lengkapkan maklumat peribadi
- Pilih tarikh permit yang ingin dimohon
- Pilih slot masa permit yang ingin dimohon
- Pilih pusat pengangkutan
- Semak butiran dan lakukan pengesahan
- Setelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah berjaya
Sekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu.
Sumber: ecentral