Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai MyASNB Login. Cara pendaftaran ASB Online, Semakan Baki Serta Dividen dan Pengeluaran ASB Online.
Sumber: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen
MyASNB Login: Daftar ASB Online & Semakan Baki Serta Dividen
Pelancaran portal msASNB atau ASB online adalah berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad.
Dengan portal myASNB ini, kita dah tak perlu beratur panjang untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen dan baki pelaburan.
Semuanya boleh dilakukan dari rumah melalui atas talian dengan menggunakan telefon pintar atau laptop saja.
Mulai 3 Mac 2022 juga, anda boleh membuat pengeluaran ASB secara online melalui MyASNB sebanyak RM2,000 sebulan.
Pengenalan: Portal myASNB
Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Perkhidmatan Yang Disediakan
myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit.
Antaranya termasuklah:
- Pertanyaan butiran pegangan semasa
- Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
- Pelaburan tambahan
- Kemaskini maklumat peribadi
Nak tahu bagaimana cara daftar dan menggunakan portal myASNB ini?
Cara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB (Bagi Pemilik Akaun Sedia Ada)
Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, kita perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.
Beritahu saja dekat kaunter yang kita nak update maklumat untuk guna portal ASB online.
Lepas tu barulah kita boleh daftar dan gunakan perkhidmatan ASB online ni ya.
1. Buka Laman Web myASNB
Pergi ke www.myasnb.com.my
2. Daftar
Klik ‘Daftar di sini’.
Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’
3. Isikan Butiran
Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.
Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.
Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.
Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.
Nota:
- Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.
- Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.
4. Cipta Akaun Portal myASNB
- Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda
- Masukkan Frasa Selamat
- Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan
- Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran
*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.
Nota:
- Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS.
- E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.
- Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.
- Kata laluan sementara yang diberikan oleh Portal myASNB akan sah selama 30 hari. Sekiranya anda tidak melakukan Log Masuk Kali Pertama dalam tempoh 30 hari tersebut, pendaftaran anda akan dikeluarkan daripada sistem.
5. Login MyASNB Kali Pertama
Klik ‘Log masuk’ pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda.
Anda juga boleh klik ‘Log masuk’ selepas kembali ke halaman utama myASNB.
Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.
Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.
Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.
Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.
Selesai!
Sekarang kita dah boleh gunakan portal myASNB untuk menyemak baki pelaburan terkini, menambah pelaburan dan mengemaskini maklumat.
Cara Buka Akaun ASNB Online (Pendaftaran Akaun Baru)
Dengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.
Untuk membuka akaun pelaburan ASNB bagi pengguna baharu, sila rujuk langkah di bawah:
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter
Cara Buat Semakan Baki / Dividen
Untuk membuat semakan dividen, baki dan penyata akaun anda, sila ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke https://www.myasnb.com.my/
- Klik menu ‘Akaun Saya’
- Jumlah baki terkini akan dipaparkan
- Anda boleh memuat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya dengan memilih menu ‘Penyata’
Cara Buat Pengeluaran ASB Online
Had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.
Kenaikkan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.
Minima sekali pengeluaran pula sebanyak RM100.
Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan.
Rujuk cara membuat pengeluaran ASB secara online di bawah:
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:
Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik | Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan Mac | Status urus niaga |
---|---|---|---|---|
18/3 | ASB | RM1,000.00 | RM1,000.00 | Berjaya |
16/3 | ASB 3 Didik | RM1,000.00 | RM0.00 | Berjaya |
22/3 | ASN | RM500.00 | RM0.00 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.
Info lanjut boleh rujuk di portal rasmi MyASNB di pautan berikut: Cara Keluarkan Duit ASB Online (Transfer Ke Mana-mana Bank Lain)
Waktu Operasi ASB Online
Untuk pengetahuan, waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:
- Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang);
- Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.
Senarai cawangan dan ejen ASNB di link berikut.
- Cawangan ASNB: https://asnb.my/CawanganASNB
- Ejen ASNB: https://asnb.my/EjenASNB
Aplikasi myASNB
Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.
Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:
i) Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en
ii) Apply Apps Store
ADVERTISEMENT
https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my