Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai pakej perpaduan prabayar internet 2023 seperti cara langgan & harga pakej perpaduan prabayar internet
Lain: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM)
Pakej Perpaduan Prabayar Internet 2023
Berikut adalah maklumat mengenai pakej perpaduan prabayar internet yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://kekandamemey.com/pakej-perpaduan-prabayar-internet.html
Apa Itu Pakej Perpaduan Prabayar Internet
Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pakej prabayar mudah alih ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.
Langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius Kerajaan Perpaduan
Kelayakan Pakej Perpaduan
Berikut adalah merupakan golongan yang layak menikmati pakej ini iaitu:
- Belia berumur 30 tahun
- Golongan B40
- Orang kurang Upaya (OKU)
- Warga emas
- Veteran
Tarikh Perlaksanaan Pakej Perpaduan
Perlaksanaan pakej ini akan mulai berada di pasaran pada Februari 2023.
Kadar Harga Pakej Perpaduan
Pakej rabayar Internet Mudah Alih diperkenal pada harga RM30
Kelebihan Pakej Perpaduan
Pakej ini menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih iaitu:
- Daripada 1Mbps ke 3Mbps
- Kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh enam bulan (180 hari).
- Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari Rm10 sebulan kepada RM5 sebulan
- Pelan internet ini dapat digunakan untuk perkhidmatan teks dan panggilan, selain aplikasi dalam talian seperti penghantaran makanan, perbankan, navigasi dan juga carian di internet.
- Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.
PERKHIDMATAN TELCO YANG MENAWARKAN PAKEJ PERPADUAN
Berikut adalah merupakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat menerusi pakej ini iaitu:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia (TM)
- YTL Communications.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranyan anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pakej ini, anda boleh dapatkan melalui kenyataan media melalui website rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital
Sumber: https://kekandamemey.com/pakej-perpaduan-prabayar-internet.html