Pakej Rahmah Allo : Cara Langgan & Harga Pakej

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai Pakej Rahmah Allo Internet seperti harga pakej internet & cara langgan untuk panduan anda.

Lain: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC

Pakej Rahmah Allo

Berikut adalah panduan mengenai pakej rahmah Allo yang dikongsikan oleh laman web Pakej Rahmah Allo: Harga Pakej Internet & Cara Langgan (ecentral.my)

Apa itu Allo Internet

Menurut laman newrecepi.com, Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) merupaka Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB). Allo adalah penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia. Allo bermula sebagai penyedia perkhidmatan internet – Pakej internet gentian jalur lebar Allo City meliputi kedua-dua rancangan kediaman dan perniagaan

Golongan Sasaran Pakej Rahmah Allo

Pengenalan Pakej Rahmah Allo ini disassarkan untuk golongan B40, belia, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Selain itu, pakej internet ini juga boleh dilanggan golongan veteran tentera, pesara polis, pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA).

Harga Pakej Rahmah Allo

Pakej Rahmah Allo ditawarkan pada harga RM69 sebulan untuk kelajuan internet 100Mbps tanpa had data.

Pakej internet yang ditawarkan ini RM30 lebih murah daripada pelan pelan Allo sedia ada dan merupakan pelan jalur lebar tetap 100Mbps dengan harga terendah di dalam negara.

Semua inisiatif pakej internet yang diumumkan Kementerian Komunikasi Digital sebelum ini yang dikenali sebagai Pakej Perpaduan dijenamakan semula sebagai Pakej Rahmah selaras keputusan jemaah menteri.

Antara pakej internet yang diumumkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih (Prabayar) dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Internet Kediaman) serta Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.

Penjenamaan semula Pakej Perpaduan kepada Pakej Rahmah antara lain adalah bagi memperingati jasa bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelopori konsep Rahmah.

Akses rangkaian liputan

Setakat ini, akses rangkaian liputan Pakej Rahmah Allo meliputi Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya,

Walau bagaimanapun, akses ini mungkin akan diperluas pada masa hadapan agar lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat melanggan Pakej Rahmah Allo yang lebih mesra poket ini.

Cara Langgan Pakej Rahmah Allo

Pakej Rahmah Allo tertakluk kepada kontrak 24 bulan.

Pakej ini boleh dilanggan bermula 28 Julai 2023 dengan tawaran dibuka sepanjang masa.

Orang ramai yang berminat untuk melanggan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo boleh berbuat demikian secara dalam talian di www.citybroadband.my atau Kedai Tenaga berdekatan, atau menghubung talian perkhiddmatan Allo di 1300-38-8000.

Pelanggan disaran membuat semakan kawasan liputan Allo terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/ dan membuat carian menggunakan alamat kediaman rumah atau bandar tempat tinggal.

Sumber: Pakej Rahmah Allo: Harga Pakej Internet & Cara Langgan (ecentral.my)