Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

PRU15 Pelepasan

Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

11 November 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan mengenai info dan akta mengenai pelepasan mengundi PRU15.

Sumber: Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

Tahukah anda, semua majikan dalam sektor swasta perlu memberi kebenaran / pelepasan untuk pekerja keluar mengundi pada PRU15 nanti.

Majikan yang mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh didakwa di mahkamah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan tindakan itu adalah kesalahan mengikut subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

“Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua majikan untuk memberikan kebenaran kepada pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan mengikut subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Perkara itu diumumkan dalam sebuah kenyataan media rasmi oleh Menteri Sumber Manusia pada 10 November 2022 yang lalu.

PRU15 Pelepasan

Mengulas lanjut, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan perlu berbincang dengan pekerja berkenaan dengan opsyen untuk pemberian ‘time-off’, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan keluar pengundi.

“Selain itu, majikan boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

“Bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian manakala 15 November untuk pengundian awal.

Sudahkah anda membuat semakan tempat mengundi? Jika belum, sila rujuk MySPR Semak – Semakan Pusat Mengundi SPR Online

Adakah anda pengundi kali pertama dalam PRU15 ini? Jom ketahui lebih lanjut tentang langkah-langkah mengundi dan undi rosak : 10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-ciri Undi Rosak – SPR