Semak Cukai Tanah Selangor Online Percuma

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai semakan cukai tanah online dan semakan cukai tanah selangor online dan percuma

Lain: Portal eHasil Selangor : Semak & Bayar Cukai

Semakan Cukai Tanah Selangor Online

Berikut adalah maklumat mengenai semakan cukai tanah selangor online yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/semakan-cukai-tanah-selangor/

Semakan Cukai Tanah Selangor

Untuk buat semakan cukai tanah Selangor secara atas talian, anda boleh layari laman web rasmi SPTG di :

https://ehasil.selangor.gov.my/app/search

Anda boleh semak dengan memasukkan nombor akaun atau jenis bil pengguna (bil cukai tanah atau strata petak).

Panduan Pembayaran Secara Online

  1. Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
  2. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
  3. Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.
  4. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.
  5. Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat, sila hubungi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor di talian 03-5544 7343, 03-5544 7328, 03-55205636 atau faks ke 03-55136707.
  6. Tempoh pengemaskinian adalah 3 hari bekerja (tanpa ada gangguan pada sistem)

Cara Buat Pembayaran Online

Selain menyemak, anda juga boleh membuat pembayaran cukai tanah dan cukai petak dengan mudah secara atas talian melalui FPX, kad kredit atau akaun B2B (business-to-business).

Pergi ke pautan https://ehasil.selangor.gov.my/ dan klik butang ‘BUAT PEMBAYARAN SEKARANG’.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Semakan Cukai Tanah negeri Selangor, sila hubungi pejabat SPTG di talian 03-5544 7343

Sumber: https://ecentral.my/semakan-cukai-tanah-selangor/