Skim Smart Sewa Selangor : Cara Mohon & Syarat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Skim Smart Sewa Selangor info seperti syarat kelayakan, tempoh sewaan, lokasi projek, cara mohon & sebab kelayakan terbatal

Lain: Bantuan Perkahwinan Selangor RM300

Skim Smart Sewa Selangor

Berikut adalah info mengenai skim smart sewa selangor yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Smart Sewa Selangor : Permohonan dan Syarat Kelayakan (ecentral.my)

Apa Itu Skim Smart Sewa Selangor

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri.

Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

Melalui Skim Smart Sewa Selangor ini, ianya akan memberi manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran.

Syarat Kelayakan Smart Sewa Selangor

Program Skim Smart Sewa Selangor ini disasarkan untuk golongn-golongan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
smart sewa selangor
smart sewa selagor

Tempoh Sewaan Smart Sewa Selangor

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Lokasi Projek Smart Sewa Selangor

Berikut merupakan lokasi projek yang terlibat dengan Skim Smart Sewa Selangor ini:

KLANG

  1. Pangsapuri Azteria, Parklands (850kp) – RM700
  2. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands (850kp) – RM700
  3. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands (650kp) – RM550-RM600
  4. Pangsapuri Aronia, Bandar Parklands (900kp) – RM900
  5. Pangsapuri Trifolis, Bukit Tinggi (902kp) – RM900

HULU LANGAT

  1. Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang (750kp-1000kp) – RM600-RM750
  2. Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sg Long, Kajang (986kp) – RM800
  3. Pangsapuri Idaman Abadi, Kajang (1022kp) – RM1000
  4. Pangsapuri Simfoni, Semenyih (750kp) – RM650

HULU SELANGOR

  1. Antara Gapi, Serendah (Rumah Teres 1200kp) – RM700
  2. Kota Puteri, Rawang (Rumah Banda 992kp) – RM680

PETALING

  1. Pangsapuri De Kiara, Setia Alam (800kp) – RM800
  2. Pangsapuri Seroja, Setia Alam (680kp) – RM600
  3. Pangsapuri De Bayu, Setia Alam (900kp) – RM850
  4. Pangsapuri De Cemara, Setia Alam (750kp) – RM750
  5. Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam (650kp) – RM650
  6. Pangsapuri Rimba Jaya, Sek 16, Shah Alam (650kp) – RM450
  7. Pangsapuri Kemuning Idaman, Kota Kemuning (900kp) – RM900
  8. Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning (900kp) – RM800
  9. Pangsapuri Serunai, Bukit Raja (900kp) – RM800
  10. Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong (750-900kp) – RM700-RM800
  11. Pangsapuri Damai Utama, Puchong (650kp) – RM550-RM650
  12. Pangsapuri D’Alpina, Puchong (900kp) – RM650
  13. Pangsapuri Putra Prima, Puchong (900kp) – RM750
  14. Pangsapuri Seri Akasia, Puchong (900kp) – RM750
  15. Pangsapuri Harmoni, Putra Heights Subang (800kp) – RM850
  16. Bandar Seri Coalfields, Sg Buloh (Rumah Teres 2 tingkat 1080kp) – RM650

Cara Memohon Smart Sewa Selangor

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan secara dalam talian di laman web SSIPR di alamat https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
    • Daftar akaun terlebih dahulu
    • Selepas melengkapkan pendaftaran, log masuk ke akaun anda
    • Lengkapkan segala butiran yang diminta dan hantar permohonan
  2. Muat turun permohonan melalui laman web http://phssb.com/borang/
    • Print borang permohonan
    • Lengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut.
    • Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke alamat berikut:

      Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
      Tingkat 5, Podium Utara,
      Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
      40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

      atau scan dan emel ke: smartsewa@phssb.com

Setiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu.

Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Sebab-Sebab Kelayakan Terbatal

Kelayakan pemohon yang diterima masuk untuk skim sewaan ini walaubagaimanapun boleh terbatal sekiranya:

  • Gagal untuk menjelaskan sewaan bulanan sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan;
  • Mempunyai tunggakan sewa bulanan (melebihi satu bulan) dan/ atau tunggakan bayaran utiliti;
  • Adalah seorang yang diisytiharkan bankrap/muflis;
  • Dibabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah;
  • Penyewa atau suami/isteri, dalam tempoh Perjanjian ini, mempunyai rumah kediaman atau tanah yang diperoleh secara beli, pesaka, pajak, hadiah atau lain-lain cara yang terletak di dalam lingkungan 50km daripada unit sewaan ini atau
  • Melepaskan posesi Premis tersebut atau sebahagian daripadanya kepada oaring lain atau mengambil orang-orang tumpangan;
  • Melakukan perbuatan tidak bermoral, salahlaku dan melakukan pelanggaran lain-lainsyarat atau terma seperti yang terkandung di dalam perjanjian sewa.

Sumber: Smart Sewa Selangor : Permohonan dan Syarat Kelayakan (ecentral.my)