Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000, syarat kelayakan, cara permohonan serta semakan.
Baca Juga : PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank
Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000
Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.
Tabung Usahawan Belia FELDA(TUBF) dengan dana pusingan berjumlah RM 10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik untuk usahawan muda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut serta cara memohon bantuan ini.
Apakah Tabung Usahawan Belia FELDA?
Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA :
Pinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 – 40 tahun.
Keutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.
Pembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.
Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.
Usahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kelebihan Peminjam TUBF
Antara manfaat yang ditawarkan kepada peminjam TUBF adalah :
- Peluang ikuti kursus induksi secara percuma.
- Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.
Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Usahawan sedia ada : RM 10,000 – RM 20,000
- Usahawan baharu : RM 5,000 – RM 15,000
Antara pakej perniagaan yang ditawarkan kepada peminjam yang layak adalah :
- Usahawan sedia ada : 4 pakej perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)
- Usahawan baharu : 6 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, car wash)
Syarat Kelayakan (Tempoh Perniagaan)
Usahawan yang berminat perlulah menepati tempoh urusniaga seperti berikut :
- Usahawan sedia ada : Urusniaga sekurang-kurangnya 1 tahun
- Usahawan baharu : Urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.
Tempoh Permohonan
Calon yang berminat boleh lakukan permohonan pada :
- Usahawan sedia ada : Mulai Ogos 2022
- Usahawan baharu : Mulai Januari 2023
Maklumat mengenai cara memohon akan dimaklum oleh pihak FELDA dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai TUBF, sila hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152/ 2029/ 2052/ 2012/ 2051/ 2180 atau layari laman web https://felda.gov.my/
Sumber: https://ecentral.my/tabung-usahawan-belia-felda/