Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan MySejahtera

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai temujanji klinik gigi, klinik gigi kerajaan, temujanji klinik gigi mysejahtera, sistem temujanji kkm, tempahan temujanji, cara tempah temujanji klinik gigi dengan mudah dan cepat.

Lain: Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri

Temujanji Klinik Gigi

Berikut adalah maklumat mengenai temujanji klinik gigi yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/temujanji-klinik-gigi-mysejahtera/

Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan

Kelebihan Sistem Temujanji KKM

Ia merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.

Tujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:

  1. Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
  2. Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
  3. Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
  4. Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan

Kemudahan sistem tempahan untuk temujanji ini selari dengan usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.  

temujanji klinik gigi

Senarai Tempahan Temujanji Melalui MySejahtera

Selain tempahan temujanji klinik gigi, melalui aplikasi MySejahtera juga rakyat Malaysia boleh membuat tempahan temujanji-temujanji yang berikut:

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan PeKa B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

Untuk membuat temujanji di klinik gigi cukup mudah melalui aplikasi MySejahtera.

Pertama sekali, pastikan peranti anda telah dipasang dengan aplikasi MySejahtera pada versi terbaru.

Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada “Appointments”
  3. Klik pada nama anda
  4. Tatal ke bawah dan klik pada “Dental Check Up”
  5. Pada butang carian, taipkan lokasi anda. Contohnya “Selangor”
  6. Pilih Klinik Gigi untuk tempahan klinik gigi anda
  7. Pilih tarikh temujanji. Anda akan dipaparkan sekiranya masih terdapat slot untuk tarikh tersebut

Untuk rujukan anda, sila rujuk paparan gambar infografik di bawah:

temujanji klinik gigi mysejahtera
Sumber: MySejahtera

PANDUAN MEMBUAT TEMPAHAN (APPOINTMENT) TEMU JANJI PEMERIKSAAN KESIHATAN KLINIK GIGI MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

temujanji klinik gigi mysejahtera
temujanji klinik gigi mysejahtera
temujanji klinik gigi

Sumber: https://ecentral.my/temujanji-klinik-gigi-mysejahtera/

1 thought on “Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan MySejahtera”

Leave a Comment