Tabung Usahawan Negeri Sembilan TUNS / TUNS PLUS 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai Tabung Usahawan Negeri Sembilan TUNS / TUNS PLUS 2023.

Lain: Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP 2023

Tabung Usahawan Negeri Sembilan

Berikut adalah maklumat mengenai Tabung Usahawan Negeri Sembilan yang dikongsikan dari https://ecentral.my/tuns-2023-plus/

TUNS / TUNS PLUS 2023

Permohonan TUNS Dan TUNS Plus Di Buka Semula Untuk Tahun 2023

Untuk makluman para usahawan, 2 skim geran bantuan akan dibuka mulai 1 Februari 2023.

Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

TUNS – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

tuns 2023

APAKAH TUNS?

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.

OBJEKTIF

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang bertemakan ‘Melunas Janji Menggalas Harapan’, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun kelima pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3 juta

Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

TARIKH PERMOHONAN

  • 16 Januari 2023 – 15 Februari 2023

CARA PERMOHONAN TUNS 2023

Usahawan mikro yang berkelayakan digalakkan untuk membuat permohonan segera.

Pemohon dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan sebagaimana disyaratkan untuk mengelak permohonan tersebut ditolak diperingkat saringan awal.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

TUNS PLUS 2023

TUNS Plus – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus : Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Kecil Dengan Tempoh Bayaran Balik Maksima 5 Tahun

tuns plus 2023

Satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembangunan sektor keusahawanan negeri adalah melalui program TUNS Plus iaitu Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk Usahawan Kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun

TARIKH PERMOHONAN

  • 1 Februari 2023

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

Maklumat Lanjut

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin
Bahagian Pembangunan Usahawan
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : +606-761 6871
Faks : +606-762 6291

Laman Sesawang www.tuns.my akan mula menerima permohonan pada 16 Januari 2023 untuk TUNS dan 1 Februari 2023 untuk TUNS Plus.

Sumber: https://ecentral.my/tuns-2023-plus/

Leave a Comment