Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP 2023 seperti syarat umum, cara memohon, dokumen yang diperlukan dan sebagainya
Lain: JPKA Sabah : Cara Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)
Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP
Berikut adalah info mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP yang dikongiksan oleh https://ecentral.my/skim-bantuan-kewangan-bulanan-maiwp/
Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP
Syarat Umum
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang 1 satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
Cara Memohon
Pemohon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan berpandukan langkah-langkah berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf.
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga dikehendaki untuk mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
– Pemohon
– Suami
– Isteri
– Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan) - Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan).
– Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung - Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
- Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami
Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen seperti di bawah sekiranya berkaitan :
- Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
- Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT.: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
- Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, sila rujuk pada pautan berikut :
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-kewangan-bulanan
Sumber: https://ecentral.my/skim-bantuan-kewangan-bulanan-maiwp/