Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat) Penjawat Awam 2022

Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat) Penjawat Awam 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat) Penjawat Awam 2022, cara kiraan, syarat kelayakan, cara permohonan serta semakan.

Baca juga:

Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat) Penjawat Awam 2022

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat bagi tujuan award wang tunai (GCR) penjawat awam daripada 160 hari ke 180 hari.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan kadar maksimum cuti rehat itu dapat memberi ruang penjawat awam meningkatkan wang persaraan mereka.

Sebelum itu, Kerajaan telah melaksanakan kemudahan untuk membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus atau 80 hari mulai tahun 2022 ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) terkini yang telah diumumkan melalui pindaan Warta Kerajaan 2022.

Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam?

Gantian Cuti Rehat atau GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.

Kenaikan Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2022

Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Perkara ini diumumkan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XVIII pada 30 Ogos 2022.

Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak.

kenaikan kadar award wang tunai

Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Untuk makluman, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
(c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari. Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan pegawai.

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR. Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

Kelayakan

  • Pembayaran Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.
  • Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal https://www.jpa.gov.my/component/tags/tag/elaun

Pindaan Terkini

Warta Kerajaan berkaitan Pindaan Peraturan Pencen 2022 telah pun dikeluarkan oleh JPA.

Ringkasan seperti berikut:

  • Jumlah GCR yang boleh ditebus dengan wang tunai dipinda daripada 150 hari kepada 160 hari.
  • Penebusan GCR dibenarkan kepada Penjawat Awam yang telah mengumpul GCR sekurang-kurangnya 80 hari.
  • Telah berumur 45 tahun semasa permohonan penebusan dibuat.
  • Telah berkhidmat dengan Kerajaan yang boleh diambilkira skim pencen adalah selama 15 tahun.
  • Penebusan GCR separuh (80 hari) adalah secara one-off.
  • Pengiraan = 1/30 x Gaji Pokok + elaun yang diboleh ambilkira x 80 hari.

Rujuk lampiran penuh seperti di bawah:

formula cara kira gcr
formula cara kira gcr
formula cara kira gcr
formula cara kira gcr
formula cara kira gcr
gantian cuti rehat
gantian cuti rehat
gcr penjawat awam
gcr penjawat awam

Cara Kira GCR Penjawat Awam

  • Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
  • Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR .
  • Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut. 
  • http://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf
formula cara kira gcr

Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR):

Kira Betul-Betul!

Cara Permohonan dan Kelulusan GCR

Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,

  1. Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
  2. Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.
formula cara kira gcr

Dokumen yang diperlukan:

  • 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
  • 1 salinan kenyataan cuti
  • 2 salinan penyata kiraan cuti
  • 1 salinan kad pengenalan
  • 1 salinan surat permohonan pesara/waris.

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut:

https://www.jpa.gov.my/

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke pertanyaan.gcr@jpa.gov.my.

Sumber: https://ecentral.my/gcr-gantian-cuti-rehat/