Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)

Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info tentang Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS), syarat kelayakan, cara permohonan serta semakan.

Artikel Lain: Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan, Semakan Status & Baki Bayaran

Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)

Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (Ippas) – Berita Baik Buat Asnaf Fakir / Miskin Dan Muallaf Berdaftar Lembaga Zakat Selangor!

Adakah Anda Telah Mendapat Pekerjaan Pada Tahun 2022?
Jika Ya, Anda Layak Untuk Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)

Permohonan dibuka sehingga November 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang insentif ini.

Apakah Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)?

Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) ini ditawarkan kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022.

Kadar sumbangan yang akan diterima adalah RM300 bagi setiap permohonan yang berjaya.

insentif permulaan pekerjaan

Tarikh Permohonan

Sehingga 30 November 2022

Terma dan Syarat Permohonan:

1. Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) hanya tawarkan kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022 sahaja.

2. Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.

3. Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.

4. Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS). 

5. Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagi tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.

6. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses bagi Insentif Permulaan Pekerjaan. 

Cara Memohon Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)

Imbas kod QR atau klik pada pautan berikut;
https://bit.ly/-INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR…

Dokumen yang diperlukan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Kad pengenalan ketua keluarga
  3. Surat tawaran bekerja
  4. Surat pengesahan bekerja
  5. Penyata akaun bank pemohon
  6. Surat pengesahan kaunseling bagi pemohon berulang (jika berkenaan sahaja)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di alamat emel: 

1. helmy.izuan@zakatselangor.com.my

2. zeenat.karim@zakatselangor.com.my

Info lanjut, layari https://www.zakatselangor.com.my/

Sumber: https://ecentral.my/insentif-permulaan-pekerjaan-asnaf-selangor-ippas/