Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024 / 2025

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024 / 2025

Lain: Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi Terkini

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2024 / 2025 (Panggilan Ke-2 dan Ke-3)

Semakan keputusan bagi sesi 2024/2025 telah diumumkan pada 18 Januari 2024.

Difahamkan pada tahun ini beliau telah meminta Bahagian Pendidikan Menengah telah menyegerakan pengumuman keputusan kemasukan ke MRSM kerana prihatin dengan kos-kos kemasukan ke sekolah pada awal tahun nanti.

Pengumuman awal ini juga bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak yang terpilih ke MRSM bagi sesi ini.

Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi portal Mara.

Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024
  • 1 April 2024

Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2024 / 2025

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 panggilan kedua dan ketiga boleh disemak mulai :

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024
  • 1 April 2024

Ibu bapa juga diminta untuk membuat semakan dari semasa ke semasa untuk panggilan seterusnya sekiranya terdapat kekosongan pada MRSM yang dimohon.

Link semakan:

ATAU

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2024/2025

Sekiranya tuan/ puan ingin merujuk keputusan kemasukan ke MRSM, tuan/puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara terus: https://www.mara.gov.my

Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh 7 tahu daripada tarikh surat tawaran.

Kegagalan membuat pengesahan adalah dianggap menolak tawaran.

Tahniah kepada yang berjaya! Namun bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana masih ada proses rayuan yang melibatkan panggilan kedua dan seterusnya. Semoga ada rezeki untuk kalian.

NOTA PENTING : Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my
selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.

Terus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my

Tarikh Semakan MRSM Bagi Ambilan Kedua / Ketiga

Ramai yang mesej bertanya mengenai status yang diterima seperti ini.

Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera di bawah ini, ini bermakna anak-anak pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.

Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25-30% pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab. Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan.

InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM-MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan.

Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Tarikh Pendaftaran MRSM / Lapor Diri (Ambilan Pertama)

Tarikh pendaftaran bagi kemasukan baharu ke MRSM biasanya adalah pada pertengahan atau akhir bulan Mac.

Bagi sesi 2024/2025, pendaftaran bagi pelajar baharu MRSM ditetapkan pada 21 Mac 2024.

Tarikh pendaftaran pelajar bagi tawaran tahun 2024 akan dimaklumkan dalam surat tawaran.

Diharapkan info semakan mrsm di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024 / 2025 (ecentral.my)