i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia
Dalam artikel ini kami akan kongsikan mengenai i-Suri KWSP, Cara Pendaftaran serta Semakan.
Sumber: i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia
i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas i-Suri di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022.
Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Insentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.
Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif Program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang diteruskan lagi bagi tahun 2022 dan patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.
Apakah Insentif i-Suri KWSP
Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Skim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.
Faedah i-Suri KWSP
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
- Bantuan hilang upaya
Siapa Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP?
- Suami kepada pasangan yang layak
- Diri sendiri (isteri)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Cara Pendafataran
Bagi kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:
- MyKad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Cara Pembayaran Caruman
Bagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:
- tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
- pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank (rujuk jadual di bawah)
*Nota: Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan.
Perbankan Internet | Kaunter Ejen Bank | Ejen Bank Berdaftar | Kaunter KWSP |
---|---|---|---|
Pemindahan wang secara elektronik – MBSB Bank – MAYBANK (M2u) – RHB Bank – Public Bank – Bank Muamalat – Alliance Bank – Hong Leong Bank – Bank Islam – Cimb Bank | Tunai/cek – BSN – Maybank – Public Bank – RHB Bank *Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima. | Ejen Bank (EB) BSN | Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar |
Baca Juga: Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel) 2023
Bagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun KWSP
Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.
Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:
- Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
- Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.
Maklumat Lanjut / Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Bagi pertanyaan mengenai e-Kasih, sila rujuk :
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.