OKU Smile : Pas Tambang Percuma

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai OKU Smile : Pas Tambang Percuma Rapid KL, Penang & Kuantan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman OKU Smile: Pas Tambang Percuma Rapid KL, Penang & Kuantan (ecentral.my)

Lain: Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS)

Kad OKU Smile

Apa itu Pas OKU Smile? Pas OKU SMILE ialah pas konsesi OKU yang diaktifkan pada Kad Konsesi OKU oleh Prasarana, menyediakan PERJALANAN PERCUMA untuk individu OKU Malaysia yang berdaftar di semua jenis kereta api dan bas kendalian Prasarana mulai 1 Februari 2024.

Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana yang sedia ada dan
pemohon baharu.

Manfaat ini boleh dinikmati kesemua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan pemohon baharu.

Cara Daftar OKU Smile & Aktifkan

oku smile rapid kl
daftar oku smile rapid kl

Pengaktifan dan permohonan baharu pas OKU SMILE akan bermula pada 15 Januari 2024.

Bagi pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada, mereka boleh melakukan pengaktifan di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih.

Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT atau hab bas dibawah:

1. Pasar Seni
2. ChowKit
3. KLCC
4. Sri Nilam
5. PuchongUtama
6. PearlPoint
7. Sunway Pyramid
8. Greenwood
9. Seksyen 2, Shah Alam

Rapid Penang

1. Rapid Penang Headquarters (Lorong Kulit)
2. Weld Quay Bus Terminal (Terminal B)
3. Komtar Bus Terminal
4. Bukit Jambul Bus Hub
5. Balik Pulau Bus Terminal
6. Bukit Mertajam Bus Terminal
7. Kompleks Dato’ Kailan Bus Hub, Kepala Batas
8. Penang Sentral

Rapid Kuantan

1. Hentian Bandar Kuantan

Cara Mohon OKU Smile Online

Atau memohon OKU Smile secara dalam talian melalui https://myrapid.com.my/concession-cardregistration/?concession_form=oku. (untuk Rapid KL dan Rapid Kuantan sahaja)

Dokumen Sokongan

Bagi proses pengesahan, pemohon kad OKU Smile perlu mengemukakan dokumen berikut:

a) MyKad Asal.
b) Kad JKM (OKU) asal untuk pengesahan.
c) Bayaran tunai RM5.00.

Pastikan anda mempunyai dokumen ini dan bayaran yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan kad konsesi OKU baharu anda.

Sumber: OKU Smile: Pas Tambang Percuma Rapid KL, Penang & Kuantan (ecentral.my)