BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang

BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang, senarai bantuan serta semakan.

Baca juga: Endowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Kelahiran Bayi RM 1,000

BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri meneruskan perlaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.

Empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Berikut 5 pakej BKSS 9.0:

  • Langkah pertama: Diskaun bil eletrik
    • Inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.
  • Langkah kedua: Diskaun bil air
    • Diskaun bil air 10% hingga 25% diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
  • Langkah ketiga: diskaun 25% dan 30% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan
    • Diskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.
  • Langkah keempat: diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Diskaun untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC.
  • Langkah kelima: Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0
    • Bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di Sarawak dengan kenaikan harga binaan. 
pakej bantuan khas sarawakku
Bkss 9.0
Bkss 9.0
bks 9.0

Berikut dikongsikan pengumuman terperinci BKSS 9.0 oleh Premier Sarawak bertarikh 29 Ogos 2022.

BKSS 9.0 : “Meringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Akibat Inflasi”

SEKARANG adalah masa yang sangat mencabar bagi kita disebabkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya mendengar keluhan rakyat berkenaan harga barang yang semakin meningkat seperti harga ayam dan telur, kenaikan harga minyak masak dan sebagainya.

Untuk makluman, setakat Jun 2022, inflasi Malaysia meningkat 3.4 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala kadar inflasi Sarawak meningkat 3.2 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, sebagai kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap keluhan rakyat, Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat kenaikan
kos sara hidup, terutama yang berpendapatan rendah.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Langkah 1: Diskaun Bil Elektrik

Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai Julai hingga Disember 2022.

Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah 2: Diskaun Bil Air

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri diteruskan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.

Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah 3: Diskaun Taksiran Kadar Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak.

Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54.0 juta.

Langkah 4: Diskaun 50% Sewa Pasar Dan Gerai

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan
gerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun.

Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.

Langkah 5: Additional Construction Materials Under The Special Provisions For Variation Of Price (VOP) 2.0

The price increase of construction materials had badly impacted the players in the built industry. As an effort toward easing the margin erosion faced by the contractors and ensure the delivery of Government projects during this difficult time, the Sarawak Government has initiated the Variation of Price (VOP) 2.0 to cater for the increase in price of construction materials for all State funded projects.

The VOP 2.0 will cover the following areas:

  1. On-going contracts with Letter of Acceptance (LOA) issued between 1 January 2021 until 31 December 2021;
  2. 15 additional materials for building works;
    (i) R.C. Square Pile;
    (ii) Concrete;
    (iii) Steel (Other than reinforcement bars);
    (iv) Bricks & wall;
    (v) Glass;
    (vi) Aggregate;
    (vii) Ceiling;
    (viii) Paint;
    (ix) Sand;
    (x) Plumbing materials;
    (xi) Floor & wall tiles;
    (xii) Sanitary fittings;
    (xiii) Timber (include plywood);
    (xiv) Ironmongeries; and
    (xv) Roofing materials;
  3. 10 additional materials for civil engineering works; and
    (i) R.C. Square pile;
    (ii) Cement;
    (iii) Steel (fabric reinforcement);
    (iv) Guardrail;
    (v) Bitumen;
    (vi) Cable stay;
    (vii) P.C. strand;
    (viii) T40 Reinforcement Bar;
    (ix) Diesel; and
    (x) HDPE Pipe
  4. Extension of Time (EOT) up to maximum of 6 months, subject to the condition stipulated by the respective agencies.

The Sarawak Government is estimated to bear the cost of approximately of RM700 million for allowing the variation of price.

Kesimpulan

Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat agar memberi manfaat kepada semua golongan.

Kita sekarang dalam fasa pemulihan ekonomi. Justeru itu, saya berharap agar langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0 yang berjumlah hampir RM1.0 billion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Sarawak.

– Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg

Maklumat lanjut: https://tvstv.my/2022/08/29/abang-johari-umum-bkss-9-0-berjumlah-rm-1-bilion/

Sumber: https://ecentral.my/bkss-9-0/

6 thoughts on “BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang”

  1. GPS sebelom mengundi janji bukan2 jakk.. kata PM ABG JOHARI.. JIKA GPS MENANG ABG JO AKAN BERIK BANTUAN BKSS 1500 DIBAYAR 250X6MONTH…. BANTUAN PENJAJA UNTUK PENJAJA KECIL2AN… tapi bila GPS DAH MENANG …. susah PM SARAWAK TOK.. JANJI TINGGAL JANJI. JANJI X DITEPATI.. JANJI MELAYU LAH TOK… xpaaa… PRU depan tok.. faham2 lah. Bagus gk UNDI PARTI CAP AYAM. Janji GPS sik pat pake…

    Reply
      • PM sarawak klaka jak lebihh.. diat negeri2 lain. Contoh selangor, terengganu. Rakyat semua di berik bantuan. Tapi SARAWAK Terima Kasih jakk.. PM kenyang sorang.. Kita Tok Makan Debu jakkk…Nang sik ada Tanggungjawab apa2 untk Rakyat. . SIK LAYAK DIGELAR PERDANA MENTERI.. Tukar jak orang lain jadi PM…

        Reply
  2. apa nak jadi ngn PM SARAWAK tok,klaka jak lebih smpei bebuih² mulut mdh tok mdh ya tp xguna juak mun tangganjawab x dilaksana,janji tinggal janji… rakyat mok bantuan knek,segera bkn nya nak nggu ujung taun… RAKYAT DAH DARURAT,negeri lain mcm² jak bantuan tp RAKYAT SARAWAK MKN ANGIN JAK ingat Allah Maha Melihat dan Mengetahui,jgn smpei dituntut di akhirat klak…

    Reply

Leave a Comment