Bajet 2023: Diskaun PTPTN Sehingga 20%

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai insentif dan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, cara-cara serta semakan.

Sumber: Diskaun PTPTN Sehingga 20% (Bajet 2023)

Diskaun PTPTN Sehingga 20% (Bajet 2023)

Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Belanjawan 2023

Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023​.

“Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bertujuan bagi memudahkan pembayaran semula serta memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN” – YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan​.

Kadar Diskaun

Pemberian diskaun ini mengikut kategori seperti berikut:

Pertama : Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman​

Kedua : Diskaun 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang ​

Ketiga : Diskaun 15% untuk bayaran balik melalui potongan gaji

*Rujuk cara buat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus : Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)

Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.

diskaun ptptn 2022 2023

Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk:

Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Tempoh Diskaun PTPTN 2022 / 2023

Tempoh diskaun bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023

​Lain-lain Inisiatif PTPTN Dalam Bajet 2023

Selain diskaun ini, PTPTN juga komited untuk melaksanakan inisiatif bajet tahun 2023 seperti berikut:

  1. Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
  2. Kenaikan kadar pinjaman PTPTN dan penyediaan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.
  3. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bajet 2023: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat

ATAU

Terus layari laman web PTPTN untuk update terkini:

https://www.ptptn.gov.my/

Ikuti Telegram rasmi PTPTN untuk mendapatkan informasi terkini. https://t.me/ptptnofficial​

Baca juga:

1 thought on “Bajet 2023: Diskaun PTPTN Sehingga 20%”

Leave a Comment