Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai program bantuan lesen keluarga malaysia BLKM seperti syarat kelayakan, kadar bayaran dan cara memohon bantuan lesen keluarga malaysia
Artikel lain: Semakan BKM 2022 LHDN Status Bantuan Keluarga Malaysia Bujang
Bantuan Lesen Keluarga Malaysia BLKM
Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).
Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Apakah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?
Program BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuklah masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.
Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.
Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia
Calon yang terpilih diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu :
- warganegara Malaysia
- tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
- sihat tubuh badan dan mental
- tiada kecacatan fizikal
- tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.
Jika syarat di atas dipenuhi, anda layak dapat bantuan lesen memandu percuma
Kadar Bayaran Bantuan Lesen Keluarga Malaysia
Melalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM20 dan bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.
Cara Permohonan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia
Setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.
Cara permohonan untuk menyertai program ini belum dimaklumkan oleh pihak JPJ.
Orang ramai boleh menghubungi JPJ terdekat atau saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Telefon : 03-8000 8000
- E-mel: aduantrafik@jpj.gov.my
- Laman web rasmi JPJ: jpj.gov.my
Sumber : Berita RTM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BERNAMA