Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 : Permohonan & Semakan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai bantuan tunai rakyat BTR 2023 seperti cara memohon, semakan dan bayaran

Lain: Cara Semak Baki PTPTN Online dan Tunggakan Terkini

Bantuan Tunai Rakyat

Berikut adalah maklumat mengenai bantuan tunai rakyat atau BTR 2023 yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://www.mysumber.com/bantuan-tunai-rakyat-btr.html

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) : Borang Permohonan, Semakan Status & Tarikh Bayaran

Berikut dikongsikan perincian mengenai BTR terkini untuk rakyat yang disahkan untuk diteruskan pada tahun 2023 serta maklumat lain yang berkaitan.

Apa itu BTR?

Ianya adalah bantuan tunai yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Nama bantuan kemungkinan belum dimuktamadkan dan ianya dikemaskini berdasarkan ucapan Perdana Menteri pada Sidang Dewan Rakyat 20 Disember 2022. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.

Bayaran Fasa 1 

Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:

Tarikh Bayaran

Fasa 1 : Diawalkan kepada Januari 2023 (berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini)

Jumlah Bayaran

Fasa 1 :

  • Isi rumah : RM 300
  • Bujang : RM 100

Maklumat terperinci mengenai bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja telah diumumkan oleh kerajaan.

Bantuan Tunai Rakyat atau Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Mungkin ramai yang keliru, adakah bantuan yang diumumkan ini adalah sama dengan bantuan keluarga Malaysia yang telah diumumkan dalam bajet 2023 pada Oktober 2022 yang lalu.

Setakat yang diketahui setakat ini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan bagi tahun 2023 masih diteruskan. Namun begitu nama bantuan tersebut tidaklah diumumkan secara terperinci malah jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima masih juga belum dimaklumkan.

Apa yang diketahui buat masa ini adalah pembentangan penuh Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula pada Februari 2023. Justeru itu, perincian penuh dijangka akan diumumkan pada pembentangan tersebut.

Sebagai rujukan, berikut merupakan perincian usul bantuan tunai iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2023 yang telah dibentangkan oleh kerajaan terdahulu.

Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Berdasarkan Bajet 2023 yang diumumkan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:

1. Kategori: Pendapatan Isi Rumah :Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : 5 Anak atau Lebih
RM1,000 – RM2,000 : 1 – 4 Anak

2. Kategori: Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250 : 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

3. Kategori: Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 (Bergantung kepada pendapatan)

4. Kategori: Bujang
RM350 (Bergantung kepada pendapatan)

– Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal
RM500 (Tambahan)

Berikut adalah infografik Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2023.

BKM 2023 Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) : Permohonan, Semakan & Bayaran

Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut.

  • Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BKK MoF : 03-8882 4565 / 03-882 4566

Sumber: https://www.mysumber.com/bantuan-tunai-rakyat-btr.html