MAIWP Insani : Tawaran Bantuan Zakat Khas Untuk Golongan Asnaf

MAIWP Insani : Tawaran Bantuan Zakat Khas Untuk Golongan Asnaf

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai MAIWP Insani : Tawaran Bantuan Zakat Khas Untuk Golongan Asnaf, cara permohonan, syarat kelayakan serta semakan.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP (Wilayah Persekutuan) 2022

MAIWP Insani : Tawaran Bantuan Zakat Khas Untuk Golongan Asnaf

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini menawarkan bantuan zakat khas di bawah Program MAIWP Insani bagi menangani bebanan kewangan asnaf berikutan inflasi negara.

Bantuan khas ini menyasarkan penerimaan kepada 30,200 asnaf yang berkelayakan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan MAIWP Insani yang ditawarkan adalah sebanyak RM 500.

Tarikh Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani

Penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan khas secara berperingkat seperti berikut :

Fasa 1 : Mulai 19 Ogos 2022 (RM 250)

Fasa 2 : Mulai Disember 2022 (RM 250)

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • Pemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani bakal diberitahu kemudian sekiranya terdapat perkembangan terbaru daripada MAIWP.

Anda juga boleh ikuti laman Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk ketahui maklumat terkini.

Sumber: https://ecentral.my/bantuan-zakat-khas-maiwp-insani/